Rabu, 10 Julai 2013

Jambatan Labuan?

Hari ini Ghapur Salleh buat hal lagi, beliau bertanya soalan, bila kerajaan nak bina jambatan Labuan ke Mainland Sabah seperti yang dijanjikan dalam kempen PRU.

Ghapur Salleh mungkin tak sahur pagi tadi agaknya. Beliau tak perlu tanya soalan mengenai Labuan tetapi sepatutnya bawa isu Kalabakan.

Ini lah kalau dok berkawan dengan Anwar. Kita tahu, bila Anwar ke Sabah, Ghapur sambut Anwar di airport. So terbawa-bawa lah dengan janji Anwar.

Tengku Adnan bagi seketul kat Ghapor, bahawa kerajaan tak janji tetapi akan mengkaji projek tersebut dan ia di sokong oleh seorang lagi wakil Sabah.

Jambatan Labuan ke tanah besar tidak perlu dibuat kerana ia akan merosakkan dasar laut yang dipenuhi dengan batu karang yang cantik.

Hari ini jika kita menaiki teksi ( boat) dari Labuan ke Menumbuk kita akan lihat betapa cantiknya keadaan permukaan dibawah air.

Minggu lepas, Ghapur mempersoalkan pembinaan Lahad Datu.

Sorang lagi wakil rakyat Kinabatangan yang tak berapa nak berkenan iaitu Bung Mokhtar yang suka mencelah apabila ada orang bercakap. Tak boleh kah duduk diam dan dengar?

Hairan macam mana dua orang ini boleh kekal jadi wakil rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.