Khamis, 4 Julai 2013

Pencerobohan Domen Internet Tempatan disiasat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan telah menerima laporan bahawa beberapa nama domain yang didaftarkan di bawah nama domain '.com.my '' (dot com dot my) telah dikompromi.

SKMM telah berhubung dengan MYNIC dan setakat ini, siasatan awal telah menunjukkan bahawa kompromi tersebut adalah terhad kepada laman web yang berdaftar dengan nama domain '.com.my''.

SKMM juga telah dimaklumkan bahawa beberapa laman web yang terkenal telah terjejas.

"Pencerobohan ini menimbulkan kebimbangan tetapi, mujurlah langkah-langkah awal yang pantas telah diambil untuk menangani pencerobohan yang disyaki.

Setakat ini, perkhidmatan kepada sebahagian besar domain-domain yang telah dikompromi itu sudah pun berjalan seperti sediakala," kata Pengerusi SKMM, Dato'' Mohamed

Sharil Tarmizi. Beliau juga mengesahkan bahawa SKMM dan Polis telah menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat insiden tersebut.

Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (ASKMM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia.

SKMM mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital.

Akta Komunikasi dan Multimedia mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala dasar membuat keputusan adalah diperuntukkan kepada Menteri.

Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.