Rabu, 31 Julai 2013

Pesta Pencalonan Pada 7 Haribulan

Kita mengalu alukan sistem pemilihan dalam UMNO serta penambahbaikan yang telahpun di laksanakan akan tetapi kita juga perlu melihat penambahbaikan ini menguntungkan atau merugikan ataupun menyusahkan dan menyenangkan?

Kenapa perlu banyak persoalan ikut sajalah kata orang lama kepada kami..

Ya betul tunggu lah 7hb ini ramai ramai serbu pejabat Umno negeri Perak nak ambil borang akademi fantasia, ops borang pencalonan calon bahagian wanita pemuda dan puteri...
Pendaftaran calon bagi semua jawatan di peringkat ahli majlis tertinggi, bahagian dan pergerakan sayap diadakan pada 7 September di Badan Perhubungan Umno Negeri.
cuba guna otak yg pandai matematik sikit di Perak ada tak silap 24 bahagian kali dengan 100 nak bertanding pelbagai jawatan uihh tak ramai 2400 orang akan hadir ambil borang, itu tak kali dengan wanita pemuda dan puteri kalau di congak congak mahu 10000 orang pi ambil borang pencalonan pada 7hb ini di pejabat Umno Negeri Perak, negeri lain saya tak tahu la..

Pandai sungguh, gerenti lebih hebat dari akademi Fantasia 2013....

Muzamir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan