Dalam usaha menyaingi keputusan kerajaan memberi faedah khas RM500 kepada semua kakitangan awam dan RM 250 kepada pesara kerajaan untuk persiapan hari raya yang bakal menjelma, kerajaan Selangor turut mengumumkan pemberian bonus sebanyak 1 bulan gaji kepada kakitangan awamnya.
Pemberian itulah yang ditempik dek balaci yang hilang semangat setelah BN mengekalkan kuasa di DUN Kuala Besut semalam, di sebalik segala cakap besar konon pembangkang boleh menang disitu.
Kononnya pemberian bonus tersebut adalah bukti pembangkang 'lebih' mengambil berat kebajikan kakitangan awam berbanding BN yang hanya umum pemberian khas.
Tapi, betul ke dakwaan itu?
Kalau nak kata pemberian bonus 1 bulan ini bukti mereka lebih baik dari kita, tidak benar sama sekali. Pertama, pemberian RM 500 dan RM 250 yang diumumkan Perdana Menteri semalam adalah untuk persiapan hari raya sahaja, bukan bonus pun.
Kerajaan Persekutuan masih belum membuat keputusan mengenai pemberian bonus kakitangannya dan pengumuman mengenainya (kalau ada), akan dibuat dalam pembentangan bajet oleh Perdana Menteri dalam beberapa bulan lagi.
Sementara menanti keputusan mengenai pemberian bonus itu, kerajaan persekutuan telah melaksanakan kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 2 kali dalam tahun ini sahaja (KGT2) itu pada bulan Januari dan bulan Julai dengan nilai kenaikan antara RM 80 hingga RM 320 sebulan.
Yang ramai tidak perasan, nilai kenaikan itu sahaja (tanpa pengumuman bonus oleh kerajaan) sudah jauh lebih tinggi dari nilai sebulan bonus yang diumumkan kerajaan Selangor.
Kupasan mudah, pembantu am pejabat (N11) kerajaan persekutuan yang menerima gaji tahunan sebanyak RM 53,398 sebelum KGT2 ini, akan meningkat pendapatannya kepada RM 57,718 – perbezaan sebanyak RM 4,320!! Kalau diterjermahkan dalam bentuk bonus, berapa bulan punya bonus tu?
Do your own maths, tapi bagi balaci yang malas berfikir, jawabnya lebih 2 bulan gaji!!
Sedangkan kakitangan dalam gred yang sama di Selangor hanya dapat sebulan gaji itu sahajalah yang mana nilainya lebih kurang RM 1,977 sahaja.
Jangan lupa, KGT2 ini turut melibatkan tambahan kepada nilai pencen kakitangan berkenaan. Dalam kes kakitangan N11 yang penulis contohkan di atas, pencennya (kalau dia bersara tahun ini) BERTAMBAH sebanyak RM 96 sebulan lagi.
Penulis ingatkan sekali lagi, semua ini sebelum kerajaan persekutuan buat keputusan pasal bonus pun.
Jadi mana dia betulnya dakwaan kerajaan pembangkang lebih baik dari BN dengan pembayaran bonus sebulan gaji ini? Lagipun ini baru Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang masih tak dengar khabar serupa walaupun kerajaan pembangkang yang sama, Pakatan Rakyat.
Hakikatnya, Kerajaan BN telah membayar nilai yang jauh lebih tinggi dari apapun nilai yang dibayar Selangor kepada kakitangan awamnya dengan pemberian bonus itu dan kalau ada pengumuman bonus dalam sesi pembentangan bajet nanti, jumlah sebenar wang yang diterima kakitangan awamnya akan jadi lebih banyak lagi.
Kesimpulannya, dengan hanya bercakap soal KGT2 ini sahaja, kerajaan BN terbukti lebih ke depan dalam soal menjaga kakitangan awamnya, kalau ada pengumuman bonus nanti, lagilah kerajaan BN jauh ke depan dalam soal itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.