Ahad, 18 Ogos 2013
Bila agaknya Proton akan keluarkan model cabriolet?
Ramai peminat kereta dua pintu dan cabriolet tempatan, menanti-nanti kemunculan model tersebut, namun setelah 27 tahun Proton berada dalam industri permotoran, tidak sebuah pun yang berjaya dihasilkan untuk jualan, yang ada pun hanya untuk pameran sahaja.
Agaknya nak kena buat tempahan khas di kilang Proton kut....
Kelmarin sebuah lagi model Suprima hatchback telah dikeluarkan oleh Proton. Namun ia dilihat masih belum cukup garang untuk bersaing dengan model-model dalam kelasnya dari pengeluar kereta lain seperti Honda, Kia, Hyundai, VW dan jenama lain dalam kumpulan CKD yang lebih memikat hari pembeli muda.