Sabtu, 10 Ogos 2013

BUKAN PDRM YANG RAKYAT MENYAMPAH TAPI PEGAWAI DAN ANGGOTA PDRM YANG RAKYAT MENYAMPAH

POLIS DIRAJA MALAYSIA merupakan satu jabatan yang menjadi benteng perlindung kepada rakyat MALAYSIA.Selain itu rakyat MALAYSIA bergantung harap sepenuhnya kepada PDRM untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara daripada anasir luar yang ingin porak perandakan keamanan MALAYSIA yang terbentuk selepas MERDEKA.Imej PDRM tercalar apabila terdapat segelintir pegawai dan anggota PDRM yang tidak menjalankan amanah yang dipertanggungjawab kepada setiap anggota PDRM yang berikrar untuk berkhidmat kepada MALAYSIA.Sebagai contoh di Daerah LMS dimana sejak kebelakangan ini penulis lihat pusat judi,mesin kuda,rumah urut dan cyber cafe tumbuh macam cendawan seperti tiada pengawasan daripada pihak berkuasa.PENULIS ingin bertanya adakah pegawai atau anggota PDRM sudah berpakat atau mudah dibeli dengan wang ringgit,kalau begitu harga maruah PDRM hanya bernilai wang ringgit sahajalah.Bagaimana untuk memertabatkan maruah PDRM dimata dunia

Published with Blogger-droid v2.0.10

12 ulasan:

  1. Kerana nila setitik... rosak susu sebelanga. Jgnlah marahkan nyamuk .. kelambu dibakar

    BalasPadam
  2. Kerana nila setitik... rosak susu sebelanga. Jgnlah marahkan nyamuk .. kelambu dibakar

    BalasPadam
  3. Kerana nila setitik... rosak susu sebelanga. Jgnlah marahkan nyamuk .. kelambu dibakar

    BalasPadam
  4. Pusat judi dibawah penguasaan majlis tempatan .....Pihak majlis tempatanlah yang menjadi dalang dan pembiak segala maksiat dan jenayah yang berlaku .....akan tetapi pihak polis juga yang mendapat nama buruk .Pihak plis juga ada menyumbang didalam soal kecelaruan soal keselamatan yang berlaku .....semua pegawai polis patut ditukarkan ketempat tempat lain jangan kekal lama disatu kawasan .Pecahkan rantaian ini maka pihak polis boleh berjaya ......Pasukan yang bertugas didalam pasukan jenayah berat perlu ditukarkan keunit lain begitu juga unit unit lain .kepebagaian bidang tugas dan pertukaran secara rambang perlu dilakukan lebih kerap .
    Kerajaan tempatan atau majlis dearah perlu dipantau dengan lebih rapi kerana selama ini bahgian ini sering terlepas dari sebarang keritikan .Jangan hanya pandai saman pemandu kenderaan yang meletakan kenderaan dimerata tempat saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua lesen premis yg menjalankan cybercafe, karaoke, rumah urut bukan dibawah bidang kuada polis. ianya dibawah majlis perbandaran dan pej daerah lms. perkara ini sering terlepas pandang dr masyarakat.

      Padam
  5. Aku amat menghormati PDRM w/pon mereka dicaci maki mcm2... Tapi kerapkali aku mengharapkan agar suatu hari PDRM akan 'diputihkan' secara besar2an...



    BalasPadam
  6. Semua aktiviti haram telah pdrm ambil tindakan, yg kena tangkap hanya kuli atau pekerja atau penjaga. taukey masih bebas seba mana ada taukey berada di premis tersebut, Najib masuhkan EO tanya lah Najib , berapa byk taukey judi, Along, Dundal telah d bebaskan..kalau tangkap kuli apa kesannya..taukey kaut berjuta juta..kuli hanya jadi mangsa...dan kini pdrm tangkap bebas nak remand pun sukar dgn Kpi makamah tambahandgn kehadiran peguam cuba menafikan permohonan remand..salah kan kerajaan 1 Malaysia..kebabsan, keterbukaan dan hak kepada penjenayah terlalu banyak skg..

    BalasPadam
  7. kat telok mas melaka ada empat kedai video haram dan kedai nombor ekor haram yang polis kandang dan majlis dearah melaka tak nampak sejak hampir sepuluh tahun...

    BalasPadam
  8. polis serbu beribu kali pun kalau premis haram tu tidak disita oleh pihak berkuasa tempatan keesokan harinya premis ini dibuka kembali.....polis hanya mampu menyerbu tampa kesudahannya....tapi nama buruk polis yg dapat dan ada pihak lain yg kenyang....kalau ada kerjasama antara agensi kerajaan polis boleh buat kerja lain yg lebih berfaedah spt pencegahan jenayah.

    BalasPadam
  9. Ini komen aku kat blog DinTurtle dua tiga jam yang lalu, aku rasa relevan jugak dengan topik di atas...

    Din, salah satu point yang aku setuju sangat2 dengan Kit Siang ialah HAPUSKAN KORUPSI.

    Aku setuju sangat kalau duit haram tu kita hapuskan sungguh2. Aku sendiri tak tau kat mana nak start, tapi aku ada satu cadangan. Macam juga kita adakan kempen 'Beli Barangan Bumiputera', kita boleh mula kutip data... senaraikan kedai judi haram, kedai jual barang sparepart tiruan, kedai yang jual rokok seludup, rumah urut dan pelacuran dan macam2 barangan dan servis lain lagi. Dema ni yang bagi rasuah dekat penjawat awam. Biar pihak kuatkuasa raid kedai dan premis ni seminggu sekali. Tak kisahlah kalau tak berkesan pada awal2nya, sekurang2nya boleh jugak kutip kompaun. Tapi aku rasa lebih berkesan kalau ada reward (dari duit kompaun tu) untuk rakyat yang bagi maklumat. Aku percaya ramai orang kita yang berhenti kutip besi buruk kalau ada sumber pendapatan yang lebih mudah, lebih lumayan, lebih berketrampilan.

    Aku pun teringin jugak nak jadi spy kalau dah ada ganjaran lumayan.

    BalasPadam
  10. pusat pusat judi ini tertakluk dibawah bidang kuaaa pihak majlis tempatan. jangan lah meletakan tanggungjawab ini semua kepada puhak polis. memang tidak dinafikan terdapat segelintir pegawai dan anggotanya mengambil kesempatan dipusat pusat ini. apa yang perlu dilakukan oleh pihak polis adalah memperkasakan cawangan jenayah memandang peningkatan kadar jenayah yang begitu ketara sejak akhir akhir ini. pihak pembangkang telah berjaya mengeksploitasi isu ini sehingga polis telah dianggap lemaholeh masyarakat. polis dan kerajaan perlu bertegas dalam menyelwaaikan seauatu isu yang timbul.

    BalasPadam
  11. kalau x suka pergi duduk kat negara lain...

    BalasPadam