Sabtu, 24 Ogos 2013

Cikgu Hj Sidek Awang Mantan SU Umno Bahagian Taiping dan Mantan Pegawai Pasukan JPAM Taiping Kini Di ICU Taiping

Dato Zahir Exco Perak dan  Dato Shalimin Ketua Umno Taiping menziarahi Hj Sidek hari ini.
Untuk maklumat rakan-rakan dalam Pasukan Pertahanan Awam Taiping, Tuan Hj Sidek bekas pegawai pasukan sukarela Pasukan Pertahanan Awam Taiping kini sedang menerima rawatan di ICU Hospital Daerah Taiping. Pangkat terakhir sebelum menamatkan tugas dalam JPAM ialah Kapten dan bersara kerana mencapai usia 60 tahun.

Kemudian beliau aktif dalam politik dan memegang jawatan Setiausaha Bahagian semasa Datuk Malek Hanapiah menjadi Ketua Bahagian.

Kini beliau menumpukan kepada perniagaan katering dan mengusahakan kantin di sebuah sekolah di Kamunting. Beliau sememangnya menghadapi pelbagai masalah kesihatan namun beliau mempunyai semangat yang kuat dan sehingga kini kelihatan aktif dan cergas walaupun usianya sudah lanjut. Sama-sama lah kita doakan agar Tuan Haji Sidek kembali sihat seperti sedia kala.