Penulis terkejut apabila mendengar luahan seorang jururawat di sebuah hospital hak milik kerajaan di negeri perak,apabila beliau mengadu tidak mendapat imbuhan pos basik kerana sudah lebih kurang setahun beliau menamatkan kursus pos basik ccn di hospital pulau pinang.Menurut beliau sudah menghantar semua dokumen kepada kerani di hospital kerajaan tempat beliau bertugas kerana diminta oleh kerani tersebut untuk memproses imbuhan pos basik dengan segera dan kerani tersebut ada memaklumkan kepada jururawat ini melalui telefon yang imbuhan tersebut akan dibayar bersama gaji pada bulan 8.Malangnya tiada dibayar bersama gaji bulan 8,selepas itu jururawat ada menelefon kerani di hospital kerajaan tempat beliau bertugas kerana ingin bertanya kenapa imbuhan tersebut tidak dibayar lagi,kerani tersebut ada memberitahu tetdapat 5 orang jururawat yang tidak dapat dibayar imbuhan tersebut tapi pada bulan 8,tapi pada bulan 8 hanya 4 orang jururawat yang berjaya dibayar yang jururawat pengadu ini tidak dapat dibayar dengan alasan TERCICIR.Kenapa dengan mudahnya alasan tersebut diluahkan sedangkan hospital ini hakmilik kerajaan,kakitangannya kakitangan yang menyokong kerajaan,hospital ini mendapat ISO jaminan kualiti(Q).Adakah kakitangan kerajaan umumnya kakitangan kementerian kesihatan malaysia khususnya kakitangan jabatan kesihatan dan hospital negeri perak perlu mempunyai kakitangan yang tidak proaktif dan memberi masalah sehingga menjejaskan nama baik sesebuah jabatan tersebut.Inilah yang dikatakan KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.Cuba bayangkan dalam menuju arus kemodenan masih ada kepincangan dan kurang ketelusan dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang.BILAKAH PULA JURURAWAT INI AKAN DIBAYAR IMBUHAN POS BASIK ?
Published with Blogger-droid v2.0.10