Sabtu, 24 Ogos 2013

PAS DIDESAK NYATAKAN PENDIRIAN BERHUBUNG ISU KALIMAH ALLAH...!!!

Pucuk pimpinan Pas diminta menyatakan pendirian berhubung keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik membatalkan rayuan kerajaan Malaysia berhubung isu melibatkan pengunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald. Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, rakyat mahu melihat pendirian Pas dalam memperjuangkan isu kritikal seperti kalimah Allah.

Desakan itu bagi memastikan parti itu masih lagi releven dalam perjuangan Islam tidak trsasar dari landasan sebenar.Pas sepatutnya memperjuangkan isu kalimah Allah atau parti itu sekadar bersuara demi kepentingan politik ? Menggunakan agama hanya untuk meraih undi dan kemenangan semata...!!!

Ketiadaan seorang pun ahli Pas semalam menimbulkan perbagai persoalan. Ahli-ahli Pas perlu bertanya kembali adakah mereka perlu mempertahankan sebuah parti yang secara terang-terangan enggan memperjuangkan penggunaan kalimah Allah ?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.