Isnin, 5 Ogos 2013

PENIAGA HARAM SEMAKIN BONGKAK DAN GARANG SANGGUP KELUAR PARANG PANJANG

OKU TERDEDAH KEPADA BAHAYA ANGKARA PENIAGA HARAM

Isu kedai haram, bengkel haram, gerai haram semakin menjadi wabak penyakit yang merosakkan negara. Pihak kerajaan menghabiskan jutaan ringgit untuk mencantikkan lanskap negara. Namun dengan bertambahnya pembinaan haram di bahu-bahu jalan telah menjejaskan hasrat negara untuk melihat Malaysia muncul sebagai sebuah negara bersih, cantik dan menjadi negara contoh.

Fenomena haram ini bukan sahaja berlaku di Lembah Kelang tetapi ke seluruh negara. Jika zaman dahulu gerai-gerai haram dibina menggunakan kayu-kayu terbuang tetapi hari ini subjek haram ini menggunakan besi, pintu keluli gelongsor dan sebagainya.

Biasanya ia dibina di bahu-bahu jalan dan ada yang membina objek haram ini di atas tapak parkir kenderaan.

Begitu juga halnya di RR lebuh raya PLUS. hampir semua RR mempunyai gerai haram yang dibina di belakang pagar dan yang terlibat ialah terdiri daripada pekerja-pekerja RR sendiri.

Di RR Sungai Perak terdapat banyak gerai haram dibelah atas jalan dan mereka ini meroboh dan merosakkan pagar yang dibina oleh PLUS untuk membolehkan mereka menarik pelanggan. Paling hina ialah apabila mereka ditegur oleh pegawai PLUS, peniaga akan keluarkan parang panjang untuk menakutkan pegawai PLUS. Dengan muka tak malu juga mereka akan turun ke tandas untuk mandi dan buang hajat mereka malah mengambil air dari RR secara haram.

Baru-baru ini tersebar insiden seorang pemuda cina yang mengamuk dan memaki hamun penguat kuasa di Kelana Jaya. Budaya samseng seperti itu bukan sahaja ada pada satu bangsa sahaja malah semua bangsa yang menjadi penduduk Malaysia berperangai sama, sama seperti di RR Sungai Perak, semua Melayu pun perangai sama.
Penduduk Desa Tasik dan Bandar Tasik Selatan, mendakwa seperti tinggal di penempatan setinggan berikutan peniaga gerai haram terus kebal menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan terbabit.
Pengerusi Jawatan kuasa Bertindak Pemindahan Gerai-Gerai Haram, Kapten (B) Rusli Ismail berkata, penduduk buntu seperti negara tiada undang-undang mengekang kewujudan gerai haram di sepanjang laluan siar kaki terbabit.
Menurutnya, gerai haram ini dibina secara tidak terkawal, namun rintihan dan aduan penduduk kepada pihak berwajib terus diketepikan didakwa demi kepentingan peniaga ini.
“Penduduk yang membayar cukai terus dihimpit masalah ini bertahun-tahun lamanya sedangkan peniaga haram ini terus mengaut untung tanpa menyumbang sebarang manfaat, malah memberi masalah kepada kami di sini,” katanya kepada Sinar Harian.
Rusli berkata, 55 peratus peniaga adalah orang tempatan manakala selebihnya adalah warga asing yang menyewa gerai dari warga tempatan dan sudah pastinya mereka ini tiada lesen untuk berniaga.
Menurutnya, dianggarkan kira-kira 250 gerai yang berniaga di laluan siar kaki adalah binaan kekal, 75 gerai didaftar dan hanya lapan gerai berlesen seperti didakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Persoalan timbul bagaimana mereka ini cukup kebal dari sebarang tindakan undang-undang mahu pun peraturan di mana antara syarat pemberian lesen, gerai mesti dibina 3.04 meter dari bahu jalan.
“Malah sepatutnya tiada binaan kekal dibenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) atas parit dan longkang untuk menjalankan perniagaan,” katanya
Jelas Rusli, implikasi dari gerai haram ini menimbulkan seribu satu masalah seperti kemalangan pejalan kaki yang terpaksa berjalan di jalan raya, peningkatan wabak denggi kerana longkang tersumbat, banjir kilat, peningkatan populasi tikus dan sampah haram, termasuk membuangnya ke kawasan perumahan.
"Peniaga juga menyambung bekalan elektrik haram, jalan rosak kesan peniaga membuang air basuhan di jalan selain peniaga cuci kereta di atas laluan siar kaki.
“Sikap tidak bertimbang rasa peniaga ini turut membahayakan pengguna jalan raya apabila pandangan terhad kepada pemandu dan pejalan kaki, papan tanda dirosakkan, lampu isyarat di dalam gerai, objek bahaya diletakkan di bahu jalan seperti pasu, meja dan kerusi sehingga menyebabkan laluan jalan dua hala menjadi sehala,” katanya.

Di Taiping Perak, fenomena ini juga hampir sama, jika dirakam gambar-gambar jumlah gerai haram bukan lagi puluh dan ratus tetapi beribu-ribu. Ini lah yang dikatakan orang Malaysia tidak mempunyai minda kelas pertama.

PBT pula gagal bertindak kerana campur tangan parti politik. Saya masih ingat YDP Majlis Perbandaran Taiping satu ketika dahulu Allahyarham Datuk Ismail, jika dia kata roboh kedai dan gerai haram, tidak ada seorang pun ahli politik berani menentang beliau. Waktu itu bandar Taiping kelihatan cantik dan bersih. Kini 2013 jumlah kedai, gerai atau premis haram semakin membiak bagaikan virus HIV dan AIDS.