Rabu, 14 Ogos 2013

Perjanjian Malaysia 1963

Friends of BN - Barisan Nasional shared the following link and had this to say about it:

HARI INI DALAM SEJARAH - Perjanjian Malaysia Disahkan

Pada hari ini dalam tahun 1963, Dewan Rakyat telah mengesahkan Perjanjian Malaysia. Usul mengenai perkara itu telah dibawa oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra. Usul tersebut telah dibahaskan selama tiga hari di Dewan sehingga disahkan dengan 67 undi menyokong dan 18 menentang. Usul yang disahkan itu berbunyi :- "Bahawa Dewan ini dengan menyedari keinginan rakyat Sabah, Sarawak dan Singapura, untuk bergabung dalam Malaysia bersama negeri-negeri yang ada sekarang dalam Persekutuan, sesuai dengan perjanjian yang ditandatangani di London pada 9 Julai 1963, dengan ini mengesahkan perjanjian itu". Perjanjian di London itu merupakan persetujuan antara wakil-wakil Inggeris, Sabah, Sarawak, Singapura dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengenai pentingnya penubuhan Malaysia khususnya kepada 10 juta penduduk, negara-negara yang bakal menganggotainya. Dalam ucapannya sebelum usul itu disahkan, Tunku menegaskan bahawa Malaysia ditubuhkan berdasarkan hasrat untuk memelihara keamanan rantau ini. Malaysia menggabungkan negeri-negeri kecil yang mempunyai kepentingan, cita-cita dan harapan yang sama menuju ke arah kebajikan serantau. Tunku juga menyuarakan harapan agar kelahiran Malaysia secara rasmi dapat dibuat pada 31 Ogos 1963.

Sumber : Arkib Negara

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151606955664998&set=a.10150838414749998.412748.129843674997&type=1&relevant_count=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.