Ahad, 4 Ogos 2013

PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS PASIFIK MENGUNTUNGKAN ATAU MERUGIKAN NEGARA



Isu hangat yang di perkatakan oleh ahli-ahli ekonomi tempatan dan luar negara hari ini ialah isu TPPA. Banyak pro & con telah di bangkitkan oleh pelbagai pihak.

Pengerusi Ahli Parlimen Jawatan kuasa Caucus untuk TPPA, Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata, kerisauan yang dilahirkan tersebut diperoleh daripada maklumat yang dikumpulkan oleh pihaknya.

"Apabila syarikat multi nasional dari negara maju turut serta atau melabur dalam negara kita, mereka datang dengan wang yang banyak. Jadi, PKS akan ketinggalan," kata beliau kepada pemberita di luar perundingan TPPA pusingan yang ke-18 di Kota Kinabalu.

Jelas Ahmad, perkara tersebut walau bagaimana pun tidak akan dipinggirkan kerana pendatang baru, Jepun juga menghadapi masalah sama terhadap PKS negara tersebut.

Tambahnya, jawatan kuasa Caucus akan membawa isu dalam rundingan bersama 11 negara lain untuk di bincangkan di dalam mesyuarat kabinet.

Rundingan TPPA bermula 15 Julai lalu dan disertai oleh , Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam, Australia selain Jepun dan Malaysia.

Pakar ekonomi dan penulis negara Martin Khor dari South Centre juga melahirkan kebimbangan perjanjian ini yang boleh menjerat negara dan usahawan tempatan dalam persaingan dengan pihak barat.

Banyak pihak dari luar negara bimbang kerana terdapat perkara-perkara rahsia dalam TTPA yang enggan didedahkan kepada umum. 

Negara yang terbabit dalam perundingan untuk TPPA termasuk Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam. 

Jepun akan turut serta sebagai anggota TPP ke-12 di Kota Kinabalu, Sabah, yang peliknya kenapa gergasi ekonomi timur iaitu China disisih daripada rundingan ini.

Adakah ia merupakan satu agenda baru barat untuk mengimbangi kekuatan ekonomi China yang juga mempunyai kuasa veto di UN?

Malaysia pula membayangkan dengan menyertai TTP ia akan memberikan manfaat kepada produk tempatan agar berdaya saing dan menikmati cukai yang rendah.

Seorang pesara kerajaan Amerika Syarikat dan juga seorang biker sanggup menonggang motosikalnya untuk ke Mexico bagi mendapatkan ubat-ubatkan bagi rawatan penyakitnya kerana baginya kos perubatan di Mexico jauh lebih murah berbanding negaranya.  Kini Mexico juga diheret ke dalam TTP dan paling menggusarkan lah paten harta intelek. 

Jika hari ini satu produk telah dipatenkan di USA , maka negara lain tidak boleh lagi menghasilkan produk yang sama atau hampir sama. Oleh sebab itulah ramai usahawan kecil bimbang akan perjanjian ini yang menyusahkan mereka.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin (JMM) tidak akan sesekali bersetuju sekiranya hak dan kepentingan rakyat negara ini terutama golongan bumiputera dikorbankan jika Malaysia memuktamadkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Negara sudah menyertai WTO dan FTA, dan perlukan kita terikat dengan TTP lagi?

Apa pun persidangan Umno Cawangan, Bahagian dan PAU, diharapkan perwakilan dapat membahaskan perkara ini untuk perhatian MT yang baru.

Taipingmali menyokong pendapat dan pemikiran Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir yang tidak bersetuju dengan TTP kerana Tun lebih tahu selok belok tipu daya barat yang akan mengcengkam kita.