9 Disember 2010, datang minta dana |
Nazri Aziz telah dikecam oleh banyak pihak kerana mengizinkan Namawee berjumpa beliau di Parlimen. Blogger RBF juga berikrar akan memotong kakinya sekiranya Namewee berjaya berjumpa Najib. Kemarahan orang Melayu terhadap Namawee memuncak dan Perkasa telah memburu beliau dalam satu program di Lembah Kelang menyebabkan penerbit itu tidak muncul.
Namewee mengundang kemarahan orang Melayu kerana beliau menghasilkan video pendek yang menghina raja-raja melayu, lagu negaraku, azan dan lain-lain
Hari ini Namawee yang bergelar jutawan segera telah menghasilkan New Village yang sekali lagi menimbulkan kemarahaan orang melayu kerana mengangkat darjat komunisme sebagai pejuang kemerdekaan.
Usaha Namewee sama seperti hasrat pemimpin Dap yang mahu membawa balik Chin Peng The Butcher atau Panjang dari Thailand dan mengangkat beliau sebagai pejuang kemerdekaan. Mat Sabu juga awal tahun ini telah cuba membangkitkan semula semangat komunisme dengan cubaan untuk mengadakan majlis memperingati tarikh hukuman gantung terhadap Mat Indera di Taiping. Pun begitu usaha Mat Sabu dan Pas Taiping telah digagalkan oleh Taipingmali.
Disini Nazri Aziz telah memberi jawapan yang 'betul dan ikhlas' mengenai isu filem New Village dan tidak ada udang sebalik batu yang boleh dikaitkan dengan pemilihan Umno tidak lama lagi.
Nazri Aziz yakin filem The New Village yang dikatakan mengagung-agungkan perjuangan komunis tidak akan ditayangkan langsung.Menyentuh tentang pemilihan Umno ini TM ada sedikit bahan. Tadi dibuat satu undian untuk memilih calon Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia. Ada 6 calon yang setakat ini telah menawarkan diri mereka untuk jawatan nombor 2 dalam sayap parti Umno.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, larangan tayangan itu bukan setakat di panggung wayang malah meliputi semua bentuk media termasuk laman blog dan YouTube.
Katanya, kerajaan tidak mahu memberikan isyarat yang salah kepada generasi baru negara seolah-olah perjuangan komunis diberikan penghargaan di Malaysia.
"Saya dan rakan-rakan dalam UMNO, kita akan berterus-terusan dan berhabis-habisan memastikan apa jua bentuk pendewaan terhadap komunisme tidak akan dilaksanakan.
"Jika didapati betul filem ini mendewa-dewakan komunisme, kita mahu filem itu tidak dipertontonkan langsung. Sekalipun keluar dalam blog dan YouTube, kita akan cari mereka sampai dapat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri Peringkat Parlimen Padang Rengas di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai desakan banyak pihak supaya filem The New Village tidak ditayangkan kerana mengagung-agungkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, filem atau apa jua bentuk penghargaan terhadap pengganas komunis tidak boleh diberikan tempat di negara ini kerana kumpulan itu telah mengisytiharkan perang terhadap negara sehingga menyebabkan darurat dari 1948 hingga 1960.
Katanya, dalam pertempuran sepanjang tempoh darurat dan selepas itu, ramai anggota pasukan keselamatan negara terkorban dan mengalami kecacatan kekal sehingga hari ini.
"Ada antara mereka kehilangan kaki, tangan dan buta kerana jerangkap samar dan banyak keluarga kehilangan bapa, abang dan adik mereka hasil daripada pengisytiharan perang yang dilakukan oleh komunis terhadap kita. Kehilangan dan kecacatan ini tidak boleh dikembalikan," katanya.
Selain itu, kata Mohamed Nazri, fahaman komunis yang tidak bertuhan tidak konsisten dengan prinsip pertama Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada tuhan.
Cuma Perak yang menampilkan dua nama iaitu Mohd Iruan dari Lenggong dan Ketua Pemuda Umno Perak Azwan Bro. Kedua-dua nama ini TM tak kenal, bukan kerana TM tak bercampur dengan pemuda Umno tetapi memang tak kenal pun.
TM lebih mengenali Lokman Adam, Jamawi Jaafar dan Nasir Husin walaupun mereka bukan orang Perak. Shaik Hussein pun TM tak kenal sebab dia jarang berada diluar kawasan. Shaik boleh lah dikatakan ayam jalak atau jaguh kampung.
Bagi TM , Shaik Hussien tak perlu bertanding jawatan tersebut tetapi lebih baik fokus kepada usaha merampas semula Pulau Pinang daripada pembangkang. BN mampu melakukan jika ada usaha bersungguh-sungguh. Jika berjaya nama Shaik akan sendirinya melonjak naik ke peringkat nasional.
Bagi TM , Shaik Hussien tak perlu bertanding jawatan tersebut tetapi lebih baik fokus kepada usaha merampas semula Pulau Pinang daripada pembangkang. BN mampu melakukan jika ada usaha bersungguh-sungguh. Jika berjaya nama Shaik akan sendirinya melonjak naik ke peringkat nasional.
Mengenai Azwan Bro sememang namanya terkenal di kalangan pemuda Umno Perak tetapi TM tak kenal pun dengan dia dan tak ingin pun untuk berkenal dengan dia walaupun selalu tengok muka dia dalam progam-program Umno negeri.
Mohd Iruan pula boleh dikatakan orang lama dalam pemuda Lenggong. 2004 beliau pernah menjadi AJK Bahagian dan ketika itu Dato Samsul Anuar Nasarah adalah Ketua Pemuda Bahagian. TM sokong beliau untuk bertanding jawatan tersebut walaupun beliau kurang terkenal.