Sabtu, 17 Ogos 2013

Rangka manusia berselerak, adakah dibunuh atau mangsa ular sawa?


WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Ogos 2013



Rangka manusia yang ditemui di kebun kelapa sawit 



Hasrat seorang lelaki untuk membersihkan kebun kelapa sawit milik keluarganya di Kampung Ujong Permatang, Tanjung Karang Selangor, terbantut apabila menemui rangka manusia berselerak, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Eng Leong yang pergi seorang diri terkejut sebaik menemui rangka manusia di sekitar kawasan kebun itu yang biasa dibersihkannya sendiri setiap 20 hari tanpa mengambil upah buruh luar.

Siasatan awal oleh polis mendapati rangka manusia itu berselerak dipercayai akibat dimakan haiwan seperti anjing liar dan biawak.

Kebiasaan nya kalau terjumpa tulang-tulang sebegini ia adalah kerja ular sawa, Ular akan membunuh mangsa sebagai sumber makanannya dan selepas selesai penghadaman ular sawa akan meluahkan semula tulang-tulang tersebut.