Ahad, 1 September 2013

A. Samad Said Wajar Dikenakan Tindakan Undang-Undang.






Insiden seorang lelaki keturunan India merampas bendera haram yang dinamakan Sang Saka Malaya daripada A.Samad Said, Adam Adli dan beberapa individu lagi menjadi topik hangat sejak kelmarin.

Lelaki India atau remaja India tersebut dengan berani menghampiri kelompok tersebut dan merampas beberapa helai bendera termasuk sebatang kayu. Tindakan berani pemuda tersebut mendapat pujian penggiat media. Tahniah juga kepada jurugambar yang berjaya merakam insiden tersebut.

Orang yang patut dipersalahkan dalam insiden tersebut ialah Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang sengaja mendeklamasikan sebuah sajak dengan mengibarkan bendera 'Sang Saka' bolehlah dianggap cuba mencabar kedaulatan negara dan seolah memberi satu signal bahawa negara akan dijatuhkan kerajaannya di masa akan datang dan bendera Malaysia hari ini yang dinamakan 'Jalur Gemilang' akan digantikan dengan 'Sang Saka'.

Sasterawan sememangnya halus cara perjungannya tetapi akan memberi impak dan kesan yang mendalam.

Siapa dibelakang A. Samad, Sosialis, Marxism, Syiah atau apa?

A Samad juga dilihat cuba mencabar YDP Agong sebagai Ketua Negara dan Ketua kepada kepada Raja-Raja Melayu.

Adam Adli pula secara halus memakai baju T bertulis 'Tan Malaka' seorang ketua pemimpin Parti Komunis Indonesia.

Jadi esok Isnin, Pejabat Peguam Negara bolehlah mengkaji tindakan A. Samad dan jika ada Prima Facie bolehlah heret beliau ke muka pengadilan.

Jika tiada tindakan, TM harapkan agar 1000 laporan polis dibuat terhadap tindakan A.Samad Said. Apa macam, Setuju?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.