Isnin, 23 September 2013

Ada lagi kes tembak bunuh?

Sebelum ini banyak kes serang dan tembak mati berlaku dibandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur.

Apabila PDRM mengambil tindakan berperang dengan gangsters dan mendedahkan identity kumpulan kongsi gelap maka kes jenayah menurun mendadak. Tiada lagi dalam seminggu dua ini ada kes tembak dan bunuh.

Tahniah kepada PDRM kerana mengambil tindakan pantas dan efisien. Mewujudkan skuad ronda bermotosikal menunjukkan kesan dan impak yang baik
Penambahan atau penggunaan cctv juga menjadi tanggung jawab kerajaan negeri atau PBT. Jadi kepada negeri Pulau Pinang jangan lah mengharapkan kerajaan persekutuan sahaja untuk turun pasang cctv di Pulau Pinang, duit ada guna lah tak kan nak simpan dalam bank untuk show off seperti yang dilakukan di Selangor.

Hadi Awang pula bangang kerana sedih Ketua Polis Negara dan Negeri diugut bunuh. Hadi kata ia kesan media yang banyak memperlekehkan polis. Tambahnya lagi ialah beliau sedih kerana rakyat tidak hormat polis. Jawabannya mudah, kerana Pas mengajar anak didik mereka supaya tidak menghormati dan membenci polis. Pas cakap macam biawak lidah bercabang.

Isu dirujuk sidang parlimen hari ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.