Ahad, 22 September 2013

KENA BULI ATAU MALU SENDIRI?



Sekurang-kurangnya tiga murid bukan Islam meninggalkan SK Seri Pristana dan 10 lagi akan menyertai mereka kerana intimidasi selepas insiden makan di bilik persalinan.

Tiga murid yang meninggalkan sekolah itu mendakwa mereka diintimidasi dan dibuli pihak berkuasa sekolah selepas isu murid bukan Islam diarahkan untuk makan di bilik persalinan timbul.

Dalam sidang akhbar hari ini, ibu bapa kepada 10 lagi murid yang akan berpindah sekolah mendedahkan, keputusan mereka disebabkan salah seorang ibu bapa ditahan kerana mendakwa diintimidasi oleh guru besar sekolah.

Setiausaha Kebangaan Malaysia Tamilan Today Welfare, K Gunasegaran, berkata semua ibu bapa hilang kepercayaan kepada guru besar dan guru.

“Kami tidak melihat cara lain oleh kerana murid diganggu dan dibuli di sekolah, hanya kerana ibu bapa mereka bersuara,” katanya.

Terdapat 25 murid bukan Islam di sekolah yang mempunyai 1,400 murid itu.

Kontroversi menyelebungi warga SK Seri Pristana tercetus selepas Guneswari memuat naik gambar murid bukan Islam di SK Seri Pristana makan di bilik persalinan semasa bulan Ramadan lalu.

Gambar yang disiarkannya di Facebook mengejutkan pengguna internet yang kemudian berkongsi gambar itu, dan akibatnya menyebabkan kekecohan di media sosial.

Ramai yang menyokong sementara ada juga pihak yang mengkritik dan mengugutnya.

Pengguna internet yang memberikan maklum balas negatif kebanyakannya membuat komen berbaur perkauman, meminta Guneswari dan ibu bapa bukan Islam yang lain menghantar anak mereka ke sekolah vernakular jika mereka tidak gembira dengan SK Seri Pristana, sekolah yang terbabit dalam kontroversi itu.