Fakta Minyak dan Gas di Malaysia
Oleh Kamarn J.
Parti Kencing Rakyat |
Minyak
- Puak2 Anwar kata, negara kita pengeluar minyak yang besar. KEPALA HOTAK KAU!! Malaysia hanya berada di tangga 27 daripada 113 negara pengeluar minyak. Malaysia hanya mampu keluarkan 693,000 tong/sehari. Amerika Syarikat mengeluarkan 9 kali ganda lebih banyak dari kita iaitu 9 juta tong / sehari. Apa punya AUTA lah diorang ini.
- Malaysia bukan pengeluar minyak yang besar. Dan Malaysia bukan sebahagian dari OPEC juga.
- Malaysia hanya mengeluarkan 693,700 tong/sehari padahal negara lain seperti United Kingdom mengeluarkan 1.5 Juta tong / sehari. Brunei berada di tangga 48 dengan mengeluarkan 146,000 tong/sehari. Hari ini Russia berada di tangga pertama dengan hampir 10 juta tong/sehari dikeluarkan.
- Malaysia bukan pengeluar minyak yang besar, tapi Petronas besar, salah satu “7 Sisters” syarikat pengeluar minyak terbesar dunia.
- Tak salah saya, untuk rekod 2007, kita keluarkan minyak sehari 693,000 tong/sehari, dan kita consume hampir 536,000 tong/sehari. Oleh itu eksport bersih kita ciput jee. Macam mana lah negara kita nak buat duit, kena subsidi pula itu. Punyala baik kerajaan BN.
- Lagi satu fakta, dari pengeluaran 693,000 tong sehari, yang Petronas refine sendiri lebih kurang separuh je. Selebihnya pakai refinery Shell dan Esso. So harga tinggi sikit lah. Yelah, rakyat Malaysia dan orang asing dok hiruk minyak gila2. Ini dia breakdown refinery ;
- Shell: Port Dickson (125,000), Lutong (45,000);
- Petronas: Melaka I (92,832), Melaka II (126,000), Kerteh (40,000);
- Esso Malaysia: Port Dickson (86,000)
- Ikut kan Akta 1974, rakyat Malaysia tiada hak langsung untuk terima satu sen pun atau subsidi daripada usaha minyak luar negara. Tetapi Petronas/kerajaan masih ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia. Akibatnya gaji2 mereka dapat tidak setimpal dengan gaji "standard" antara bangsa.
- Kebiasaannya seorang jurutera patut dapat 3000 EURO/seminggu tetapi jurutera Petronas hanya dapat setengah daripada standard antara bangsa untuk sebulan!! Sebab apa? Berkorban untuk rakyat marhaen ini. Hasil usaha orang lain dan hasil2 usaha yang sebenarnya bukan hak rakyat Malaysia ini, ramai yang tidak fikirkan.
- Kalau dibuatnya pekerja/lembaga pengarah Petronas ini mogok dan bawa lari pendapatan Petronas ke luar negara kepada syarikat persendirian macam Shell dan Exxon mobil, tak pening kepala rakyat marhaen ini? Lagi susah. Kena ingat, ikut akta 1974, rakyat Malaysia tiada hak atas pendapatan minyak luar negara tau.
- Persoalan : Kenapa kita tak guna je sepenuhnya minyak yang kita ada?? Kalau import minyak memanglah harga minyak lagi mahal??
- Nak bergantung kepada 4 bilion tong sahaja yang dalam negara kita ini? Dengan penggunaan 547,000 tong/sehari dan trend kenaikan sebanyak 1.9% setahun, minyak kita hanya boleh bertahan selama 10 ke 15 tahun je, tak sampai satu generasi pun (yang ini pun kalau minyak kita 100% boleh pakai untuk kegunaan kita, ada kategori/spesikasi yang tidak boleh).
- Lepas 15 tahun, 100% kita kena impot. Sekarang ini pun kita dah kena impot sebanyak 308,500 tong/sehari. Terima kasih lah kepada Petronas/kerajaan yang bertungkus lumus dok sebat minyak luar negara untuk simpanan dalam negara untuk kegunaan kita, lepas itu subsidi lagi minyak luar negara ini. Yang ini rakyat marhaen tak mahu fikir.
Gas Asli
- Kita disuapkan yang kononnya negara kita kaya dengan minyak (crude oil). Sebenarnya tidak. Kita hanya ada 4 bilion barrel, bilangan itu sebenarnya ciput je. Kita kaya dengan benda lain berkenaan dengan bahan api.
- Saya gerenti ramai rakyat Malaysia tidak tahu yang negara kita ini sangat kaya dengan GAS ASLI (Natural Gas), bukan kentut ok. Kita mempunyai 2 trilion meter persegi (m3) dan ke 15 terkaya di dunia!! Dan masih banyak lagi masih belum diterokai. Kita memang loaded dengan benda ini.
- Kita hanya menggunakan 26 bilion m3 setahun sahaja dan trend mula menurun kepada 20% per setahun. Produksi setahun pun tinggi, lebih 2 kali ganda daripada penggunaan iaitu 57.3 bilion m3/setahun.
- Kalau kat gas asli, rakyat Malaysia nak sebat subsidi tinggi saya rasa boleh sangat lah sebab Malaysia kaya dengan benda ini. Pertama, sebab Malaysia ada banyak benda ini dan produksi adalah lebih tinggi daripada penggunaan (maknanya tak perlu impot lah).
- Nak gunakan gas asli ini bukan mahal pun, RM9 boleh tahan dari Johor ke Perlis itu. Tetapi masalahnya berapa ramai rakyat Malaysia nak tukarkan enjin kereta mereka kepada enjin gas?
- Akibat inilah yang kita rugi sebenarnya. Bukan kita rugi sebab kerajaan bagi subsidi. Sebab subsidi orang lain yang pakai sekarang ini.