Isnin, 2 September 2013

BANJIR KILAT,BANJIR KILAT,BANJIR KILAT

KEADAAN SEMASA BANJIR KILAT DI KAMPUNG MURNI AULONG LAMA










Semalam kejadian banjir kilat berlaku di Kampung Murni Aulong Lama,Taiping.Kejadian ini bermula apabila hujan turun dengan lebat tanpa henti bermula dari sebelah petang hingga ke lewat pagi hari ini.Menurut wakil penduduk kampung tersebut kejadian banjir kilat ini terjadi sudah banyak kali sampai tidak boleh dikira kerana setiap kali hujan lebat tanpa henti dan berlatutan selama 2 jam semua kediaman yang berada dikawasan rendah akan dinaiki air dan memenuhi kawasan dalam kediaman penduduk kampung ini.Kejadian banjir kilat berlaku selepas syarikat pemaju perumahan memulakan pembinaan PERUMAHAN TYCOON VILLA yang lokasinya bersebelahan dengan kampung ini.Pihak penduduk kampung ini ada mengadakan perjumpaan dengan wakil pihak pemaju tersebut dan pihak pemaju ada membuat janji kepada pihak penduduk kampung untuk menggali longkang bagi mengalirkan air dari kampung murni ini kekawasan tadahan air dikawasan perumahan tersebut,tetapi sampai sekarang belum ada tanda pembinaan atau penggaliaan longkang dibuat.Maka setiap kali hujan lebat tanpa henti kejadian banjir kilat akan berlaku.Menurut seorang penduduk kampung murni semasa kejadian banjir kilat yang berlaku semalam tiada sebarang bantuan yang disalurkan kepada penduduk yang terlibat bagi menanggung kerugian yang dialami.Wakil penduduk kampung murni ada menghubungi wakil rakyat DUN AULONG tetapi tiada jawapan diterima.Selain itu mereka juga ada menghubungi KETUA BAHAGIAN UMNO TAIPING tetapi jawapan yang diterima akan menghantar wakil tapi sampai sekarang masih belum ada wakil dari UMNO BAHAGIAN TAIPING yang tampil memberi bantuan.Ketua kampung cikgu anjang ada datang melihat keadaan kejadian tersebut dan memberitahu sekiranya perlu diadakan pemindahan penduduk cikgu anjang minta penduduk pindah ke dewan orang ramai kampung tersebut.