Isu tokong atau kuil Hindu cukup sensitif untuk ditulis, pun begitu terpaksa juga lah share sikit mengenai masalah kuil ini
Jika kita lihat statistik penduduk negara ini dari keturunan India keseluruhannya tidak sampai 8 peratus tetapi jumlah kuil terlalu banyak berbanding jumlah penduduk. 8 peratus tersebut belum ditolak mereka yang menganut agama Kristian, Buddha dan lain-lain. Jika ditolak mungkin akan tinggal hanya 5 peratus
Kebanyakan kuil didirikan secara haram di atas tanah-tanah milik kerajaan, resab sungai dan resab keretapi dan dengan campur tangan politik kebanyakan kuil mendapat geran dan selepas itu saiz kuil yang pada mulanya kecil akan bertukar menjadi besar.
Di Lembah Kelang, banyak kuil di pertahankan walaupun nyata ia dibina secara haram. contoh ketara ialah kuil yang terdapat di Mid Valley Mega Mall, sebahagian reka bentuk Mall tersebut terpaksa dikosongkan untuk mengekalkan kuil tersebut, begitu juga dengan kuil yang terdapat berhampiran lebuh raya menghala ke Uniten, kuil terpaksa dikekalkan.
Di Meru Ipoh, sebuah kuil kekal di tengah-tengah jalan raya dan lencongan terpaksa dibuat untuk memberi ruang kepada kuil tersebut.
Kuil sebenarnya memang boleh diroboh atau dipindahkan. Di Taiping terdapat beberapa kuil di tengah bandar telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan, begitu juga dengan kuil yang terdapat di Batu 2 Jalan Kamunting Taiping terpaksa dirobohkan untuk projek pembangunan iaitu berhampiran pasaraya The Store Kamunting.
Di Jalan Klian Pauh antara Taman Dato Sri Razak dan Taman Bukit Emas terdapat satu tua pekong dan sebuah kuil, kedua-duanya dibina di atas tanah mili kerajaan. Satu ketika YDP Dato Ismail mengambil keputusan untuk merobohkan kuil tersebut tetapi dengan campur tangan politik kuil tersebut dikekalkan hingga hari ini.
Begitu juga dengan jalan menuju loji air di Bukit Larut terdapat banyak kuil yang kini semakin besar dan semakin kukuh.
Isu kuil bukan sahaja menjadi masalah kepada PBT di Malaysia, tetapi di New Delhi pun menghadapi masalah yang sama. Apabila pihak PBT bertindak untuk merobohkan kuil tersebut, pihak kuil sanggup melanggar dengan tujuan untuk membunuh pegawai penguat kuasa. Ingatkan di India mereka bebas membina kuil sesuka hati rupa-rupa mendapat tentangan PBT.
Bila sebut isu kuil TM nak sentuh sikit isu tua pekong haram. Dalam bulan Mac lalu di sebuah taman perumahan jalan ke Taman Kaya telah dibina sebuah tokong kecil di tepi jalan secara haram, dan minggu lalu telah diadakan satu sembahyang hantu dan siap dengan persembahan pentas untuk beberapa malam, bunyi speaker jangan dikenang lah, cukup membingitkan. Yang pelik tak ada lagi persembahan wayang tongkol atau opera tetapi dipenuhi dengan persembahan nyanyian oleh Cina doll yang seksi-seksi.
Cukup lah setakat itu, lagi lama lagi banyak cerita keluar..