Selasa, 10 September 2013
Kemalangan yang meragut nyawa warga emas di Kamunting Taiping
Berlaku pada pagi Isnin 9 September di Jalan Kamunting Taiping berhampiran Public Bank dan Kedai Tayar Perak
Siew Yoke Kow, 77, meninggal dunia di tempat kejadian kemalangan jalan raya itu di Jalan Kamunting - Taiping kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 pagi.
Proton Perdana yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 29 tahun yang dikatakan bekerja dengan Proton Edar telah melanggar mangsa yang berjalan kaki dan ingin melintas jalan. dan kereta tersebut menghala ke Taiping.
Kereta berkenaan kemudiannya terbabas lalu melanggar pula sebuah motosikal yang berada di lorong kiri dan penunggang motosikal, Wan Rosley Ahmad, 51, mengalami cedera ringan manakala isterinya, Zainab Zakaria, 47, mengalami cedera di tangan dan badan.