Isnin, 16 September 2013

Ketua Umno Batu Gajah Bagi Amaran

Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah, Datuk Yusof Kasim sedia untuk dicabar pada pemilihan bahagian tidak lama lagi walaupun yakin perkara itu tidak akan berlaku.

Namun jika berlaku pertandingan katanya, orang yang berkenaan perlu menilai terlebih dahulu kemampuannya seperti yang disarankan oleh kepimpinan tertinggi parti.

"Orang itu juga mestilah mempunyai rekod perkhidmatan yang lebih baik daripada saya, bukan setakat mahu bertanding sahaja," katanya.