Sabtu, 21 September 2013

Nasihat Dr Zambry mengenai pemilihan negeri Perak

Calon-calon yang bertanding dalam UMNO bahagian di negeri ini bulan depan dinasihatkan berkempen secara sihat serta mengelak daripada memporak-perandakan parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau berharap calon yang bertanding tidak membawa isu yang boleh merosakkan hubungan kekeluargaan dalam parti.

"Saya sudah tegaskan berulang kali supaya bertanding seperti sebuah keluarga, kerana yang menang adalah sebahagian daripada keluarga UMNO, begitu juga yang kalah, mereka adalah keluarga

Sekurang-kurangnya sebanyak 13 Ketua UMNO Bahagian di negeri ini dicabar pada pemilihan parti bulan depan.

Bahagian tersebut ialah Kuala Kangsar, Bukit Gantang, Pasir Salak, Teluk Intan, Beruas, Parit, Batu Gajah, Gopeng, Parit Buntar, Bagan Serai, Sungai Siput, Padang Rengas dan Larut.

 Zambry menjangkakan saingan yang menarik berlaku dalam mesyuarat UMNO bahagian negeri itu kali ini.

"Maklumat awal yang saya terima, memang bakal berlaku pertandingan di peringkat bahagian namun tidak semua Ketua Bahagian akan dicabar.

Sementara itu, mengulas calon yang bertanding atas sebab sekadar mencuba, Zambry meminta mereka menilai terlebih dahulu kelayakan masing-masing sebelum membuat keputusan untuk bertanding.

Pemilihan kali ini bukan main-main atau untuk tujuan seronok-seronok. Jangan ambil kesempatan daripada dasar keterbukaan parti untuk mereka bertanding kerana berseronok-seronok.

"Memilih pemimpin adalah perkara serius, jadi ahli UMNO peringkat akar umbi harus menilai siapa tokoh yang akan mereka pilih nanti," katanya.

Menurut beliau, ahli UNMO harus menolak calon yang mengukur diri mereka atas dasar wang semata-mata kerana tidak mahu budaya politik wang berterusan sehingga ke akar umbi.

3 ulasan:

  1. Tolong pantau tengok Utusan Malaysia di kawasan kamunting sejak akhir akhir ini tidak terdapat dikedai kedai. Ada maklumat mengatakan Utusan Malaysia telah di sabotas klu ada pun lewat petang.
    Tolong TM siasat tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. perkara ni bukan sahaja di kamunting, tapi di seluruh taiping

      Padam
    2. perkara ni bukan sahaja di kamunting, tapi di seluruh taiping

      Padam