Sabtu, 14 September 2013

Pemilihan Umno semakin berasap dan berkelon.

Mulai hari ini borang untuk pertandingan AJK Bahagian telahpun mula dikeluarkan. Selepas ini borang untuk pertandingan 4 sayap Umno peringkat Nasional pula.
Kerusi ketua atau presiden dan timbalan setakat ini masih sejuk lagi. Akan tetapi kerusi Naib semakin berasap.
Hari ini nak fokus sikit hal kerusi Naib Pemuda. Malam tadi Tm dah baca banyak kisah pemuda dan tertarik dengan cerita Pemuda Perak yang akan bertanding nanti.
Satu-satu exco pemuda dari Perak yang menang tipis atau corot dalam pemilihan exco ialah Iruan Zulkefli dari Lenggong dan Tun Faisal Ismail tetapi Tun mewakili Umno Wilayah Persekutuan.
Maslin Sham Razman kini YB di Kuala Kangsar telah dilantik sebagai AJK lantikan dan diamanahkan tugas sebagai Ketua Pemuda Perak tetapi berlalu satu protes oleh 18 bahagian Umno menolak Maslin dan KJ turun ke Perak lalu melantik Azwan Bro sebagai AJK Lantikan dan seterusnya sebagai Ketua Pemuda Perak yang baru menggantikan YB Maslin.
Bagaimana pun kekecewaan Maslin terbayar kerana beliau kini bergelar YB setelah Dato Kamaliah menolak pencalonan sebagai Adun dan mahukan kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada PRU 13.
Azwan dilihat mempunyai hubungan yang tersangat baik dengan KJ dan terlibat dalam urusan dan kerjasama dalam bidang diluar bidang atau skop politik.
Tidak hairanlah dalam pemilihan kali ini, Azwan ingin bertanding kerusi NKPUM. Namun kedudukan Azwan di Pasir Salak kurang kukuh, ini diakui sendiri oleh Dato Ibrahim Katop veteran politik Pasir Salak yang menyatakan Azwan tidak buat kerja. Malah kerusi Ketua Pemuda Pasir Salak yang dipegang oleh Azwan bakal dicabar oleh Dr Faisal Dato Tajuddin.
Oleh kerana ada tentangan baru terhadap Azwan, TM melihat semacam ada satu tenaga baru yang digunakan oleh Azwan dengan mengunakan beberapa laman maya untuk berkempen bagi pihak beliau dan hairan juga bila penulis blog double Y dengan berani telah menghentam Dato Tajuddin kerana mahu jadikan Umno Pasir Salak milik keluarga. Paling mengejutkan apabila tersebar berita yang menyatakan pemuda Umno di tampar oleh DS Tajuddin Rahman.
Selain itu anak perempuan DS Tajuddin iaitu Seri Rahayu yang dilantik sebagai Setiausaha Bahagian juga di persoalkan dan dituduh oleh beberapa laman blog untuk menguasai kerusi Ketua Puteri Pasir Salak tetapi menurut pihak Rahayu ia hanya spekulasi dan dia tidak berhajat untuk menjadi Ketua Puteri.
Pemuda Umno Perak hari ini dilihat malap dan tidak meriah seperti di zaman dahulu, persidangan pemuda bahagian pun semakin lesu. Banyak cawangan tak boleh bersidang kerana tiada ahli.
Dahulu sekali bersidang peringkat bahagian penuh sesak dewan, kini hanya separuh saja yang tinggal. Ini berdasarkan pemerhatian sejak beberapa tahun kebelakangan di beberapa bahagian Umno Perak. Jelas menunjukkan Pemuda Perak gagal dalam memperkasakan keahliannya.
Dalam beberapa laman blog ada yang menyatakan Azwan telah menubuhkan Akademi Pemuda yang dianggotai seramai 15 pekerja sukarela pelbabagai bidang profesional untuk kebajikan anak yatim Perak tetapi keberkesanan akademi ini dilihat amat kurang menyerlah dan ia hanya untuk Perak sahaja bukan untuk peringkat nasional.
Oleh itu jika dilihat dari sudut KPI ternyata beliau kurang berjaya di peringkat negeri dan persoalan sekarang mampukah beliau mempertahan kan kerusi Ketua Pemuda Pasir Salak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.