Khamis, 10 Oktober 2013

Kemalangan maut di hadapan SS Trader Hotel Kamunting

Seorang penunggang motosikal dikenali sebagai  Mohd Zambri ( 30an) berasal dari Ipoh telah terlibat dalam satu pelanggaran bertentangan dengan sebuah kereta Corolla Altis yang pandu oleh seorang wanita dalam usia 40an.

Menurut wanita yang terlibat dalam kemalangan tersebut motosikal tersebut dipandu laju dan cuba mengelak daripada sebuah kereta yang keluar dari kem tentera Kor Perkhidmatan Diraja.

Penunggang motosikal jenis Kawasaki R150 secara berseorangan itu terus merempuh kereta yang
berada diarah bertentangan dan motosikalnya menggelongsor kira-kira 40 meter.

Kejadian berlaku antara jam 10.00 malam tadi. Jenazahnya dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

TM melaporkan dari tempat kejadian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.