Jumaat, 18 Oktober 2013

Keputusan sudah dibuat, esok hanya tulis nombor saja

Kesemua calon yang menawarkan diri untuk Majlis Kerja Tertinggi semuanya hebat. Tiada yang tidak hebat melainkan semuanya hebat bergaya penuh keungulan yang menepati kehendak parti.

Jika boleh semua nak dipilih, tiada tertinggal dan tiada terpinggir, tetapi kita kena akur dengan hukum dan syarat.

Hanya 25 sahaja yang perlu diangkat untuk diletakkan di majlis kerja tertinggi Umno. Oleh itu untuk memudahkan cara membuat pilihan, ada beberapa perkara yang boleh dicadangkan.

Pertama ialah faktor usia, kedua rekod perkhidmatan dalam parti, ketiga kebolehan berkomunikasi dengan baik, jujur dan ikhlas dan terakhir ialah hati kecil bersuara, aku suka sipolan sebab bla bla bla....dia tu hmm tak berapa berkenan sebab bla bla bla bla....So siapa yang mempunyai titik sentuh yang baik pasti akan mendapat sokongan.

Lihat sendiri bagaimana Ust Dr Fathul Bari menang undi tertinggi dalam pemuda. Cuma sedikit yang terbuku ialah dalam pemuda ada petunjuk dari atas. apa pun depa dah menang bergaya....untuk 3 tahun lagi....