Pagi ini jam 9.30 pagi di sebuah stadium di Ipoh telah diadakan satu majlis memperkenalkan diri calon yang akan bertanding dalam pemilihan Umno kali ini.
3 perjumpaan akan diadakan setiap hari bermula hari ini, sehinggalah ke minggu hadapan.
Ini perjumpaan rasmi yang diatur oleh jawatan kuasa pemilihan, namun jelas menunjukkan tidak semua calon yang hadir. Perjumpaan ini sangat sesuai untuk memperkenalkan muka baru yang tidak di kenali umum.
Bagi mereka yang berjawatan menteri atau ahli parlimen yang sudah berbelas tahun berkecimpung dalam politik tak perlu lah nak perkenalkan diri lagi dan tak perlu pun turun ke bahagian untuk berkempen sehingga lupa tanggung jawab untuk hadir ke parlimen untuk mengundi bagi meluluskan usul.
Apapun tahniah diucapkan kepada calon yang dapat hadir ke Ipoh hari ini, terima kasih juga kepada calon yang sudi menghubungi dan bercakap melalui telefon daripada menghantar mesej sahajs.
Kepada penyandang semua jawatan, jangan risau, perkhidmatan dan track rekod anda selama ini menjadi petunjuk anda, jika bagus, anda akan kekal, jika kurang bagus, ada orang lain yang akan menggantikan anda.
Ini polisi Umno, pemimpin diangkat bukan mengangkat diri. So kena buat kerja dan kena tunjuk hasil yang cemerlang.
3 atau 5 tahun satu tempoh yang cukup untuk menilai prestasi anda.