Langkau ke kandungan utama

LAGAK HERO ANWAR DI NEW YORK TIDAK DIPEDULIKAN AMERIKA KESIAN DIA

Botox tak menjadi kat bawah mata, kena pakai spek laa,,,
Lawatan rasmi Perdana Menteri ke New York baru-baru ini berjaya memberi kefahaman mengenai konsep al wasatiyyah atau kesederhanaan yang menjadi tunjang kepada pentadbiran transformasi negara.

Selain usaha menarik para pelabur ke Malaysia, Datuk Seri Najib juga menegaskan pendirian kerajaan dalam beberapa isu antara bangsa khususnya dalam konflik di Syria dan Mesir dalam ucapannya pada persidangan tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Kunjungan ke PBB merupakan merupakan acara tahunan yang dilakukan oleh hampir setiap ketua kerajaan di seluruh dunia atas kapasiti negara tersebut menjadi anggota PBB.

Di pentas antara bangsa itulah pelbagai isu dan masalah global dibincang atau di ketengahkan bagi perhatian pemimpin-pemimpin dunia serta masyarakat antara bangsa.

Lucunya Anwar Ibrahim juga terhegeh-hegeh berkunjung ke New York seiring dengan kunjungan Perdana Menteri.

Sudah tentu lawatan Anwar hanya sekadar lawatan sosial dan tidak kena mengena dengan persidangan PBB kerana beliau hanya sekadar menjadi ketua parlimen di Parlimen dan bukannya ketua kerajaan.

Yang menariknya wakil rakyat Permatang Pauh itu berlagak seolah-oleh beliau lah yang menjadi perdana menteri dan mewakili Malaysia di PBB.

Tindakan beliau itu bukan sahaja diketawakan tetapi juga mencermin kan status mentalitinya.

Bukankah tindakan Anwar bersaing dengan Datuk Seri Najib menunjukkan sikap kecewa yang amat mendalam bagi seorang yang telah gagal menjadi perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Kenyataan Anwar meminta Presiden Barack Obama masuk campur tangan dalam isu keputusan PRU jelas membuktikan bekas banduan penjara Sg Buloh itu hanya mempunyai agenda peribadi dan bukannya bertindak atas kepentingan negara.

Tidak kedengaran ada wakil pembangkang mana-mana negara yang juga berkunjung ke PBB semasa ketua negara atas kerajaannya juga berada di New York.

Anwar cuba menjadi hero dengan menimbulkan pelbagai isu yang tidak relevan langsung dengan agenda PBB yang lebih besar dan bersifat sejagat.

Isu rasuah dan penyelewengan yang cuba di di belit semasa di new York adalah masalah dalaman yang bukan sahaja fenomena yang dihadapi oleh Malaysia tetapi juga oleh setiap negara di seluruh dunia.

Perkara remeh yang di angkat oleh Anwar dalam kenyataannya di luar negara memperlihat kan tekanan perasaan yang dilaluinya kerana rakyat menolak pakatan pembangkang yang di pimpinnya semasa pilihan raya lalu.

Anwar cuba menonjolkan imej sebagai pemimpin berstatus antara bangsa berindentitikan Islam untuk mengaburi mata masyarakat dunia.

Bagaimana pun jika dikaji dengan lebih mendalam secara lebih dekat, Anwar hanyalah seorang politikus murahan yang penuh dengan ke pura-puraan.

Menuduh kerajaan Barisan Nasional korup tetapi beliau lah antara individu paling korup dan menyalah guna kuasa semasa memegang kuasa di dalam kerajaan satu ketika dahulu.

Juga bercakap membela rakyat tetapi Anwar lah yang pernah membuat beberapa keputusan memeritkan penderitaan rakyat ketika menjadi menteri kewangan.

Kini setelah memimpin kumpulan pembangkang Anwar mahu menukar imej sebagai seorang tokoh yang memperjuangkan nasib rakyat dan golongan marhaen.

Ini kerana beliau tidak lagi berada di tampuk kuasa untuk berjuang bagi menjaga kepentingan kaum keluarga dan suku sakat kroninya.

Kenapa Anwar tiba-tiba diam membisu ketika kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen baru-baru ini?

Kalau dahulu beliau lah hendak menunjukkan sebagai pembela rakyat dengan janji menurunkan harga minyak jika berjaya menjadi perdana menteri tetapi kini senyap sepi.

Inikah sikap keperdulian yang ditunjukkan Anwar sekadar di pentas ceramah politik sahaja tetapi apabila gagal mencapai impian terus rakyat dilupakan begitu?

Hakikatnya rakyat sudah pun menolak Anwar termasuk cita-citanya menjadi perdana menteri.

Rakan sekutu politik, Dap dan Pas pun sudah mula mempersoal kan keberkesanan Anwar sebagai ketua pembangkang yang hanya pandai bermain kata-kata di bibir sahaja tetapi gagal melaksanakan apa yang dijanjikan.

Cubaan untuk guna PBB juga gagal kerana tidbak seorang pun pemimpin kerajaan Amerika yang memberi respons kepada apa yang diluangkan di New York.

Pada mereka Anwar sudah menjadi 'spent force' atau bak kata pepatah Melayu, 'habis santan hampas dibuang', dan beliau adalah hampasnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ulasan

  1. Dia sudah mengong.

    BalasPadam
  2. rakyat dah tau...rakyat boleh kaji....sape ikhlas bekerja,sape sebaliknya...maka, sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti bn tempoh hari menampakkan hasil....moga bn kekal menerajui negara mcm dulu2..

    BalasPadam
  3. whatever lah admin ooiiii....hahahahaha

    BalasPadam
  4. Anwar dah jadi " excess baggage" pada mat salleh usa. Mereka melihat dia sebagai " liability" kepada agenda mereka yang perlu di singkirkan.

    BalasPadam
  5. Si sakit jiwa Anwar-Al-Jubs ni sudah xboleh control lagi watak kepuraan2nya. Org mcm ni sgaja Allah dtgkan utk kita lihat betapa hodoh dan buruknya kegilaan mengejar kuasa... Insya Allah beliau akan di ingati sbg manusia plg gila kuasa dlm sejarah negara.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…