Langkau ke kandungan utama

Pas bertanding demi politik, BN bertarung demi rakyat ( Utusan)

SEMEMANGNYA dari segi demokrasi, tidak ada apa salahnya untuk Pas bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pilihan raya kecil pada 4 November ini, tambahan pula kerusi itu kononnya adalah kubu kuat mereka.

Tetapi biarlah hasrat untuk bertanding tersebut dibuat atas niat untuk membela nasib rakyat dan membawa kesejahteraan kepada mereka. Bagaimanapun masuk hari kelima kempen pilihan raya kecil itu ternyata Pas hanya bertanding semata-mata untuk tujuan politik.

Pas memahami mereka bukan lagi sebuah parti yang menerajui kerajaan negeri Kedah dan mereka juga mengerti bahawa tidak banyak yang boleh mereka lakukan bagi membela nasib penduduk Sungai Limau.

Malah mereka juga mengetahui tidak lagi mempunyai pemimpin sehebat Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang mempunyai kekuatan tersendiri menarik orang ramai menyokong Pas dan sudah pasti pemimpin-pemimpin Pas Kedah juga mengetahui siapa yang menyebabkan Allahyarham hanya mampu bertahan sepenggal sahaja sebagai Menteri Besar.

Namun Pas tetap mahu menguasai kerusi DUN Sungai Limau. Mereka akan melaksanakan 'politik air liur' dengan membuat janji yang mereka sendiri amat memahami tidak mampu ditunaikan dan mengamalkan 'politik tin kosong' dengan menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah merekalah yang terbaik di muka bumi Allah ini.

BN pula masuk ke gelanggang di DUN Sungai Limau bukan semata-mata untuk memperkukuhkan kuasa, BN tidak berada dalam kedudukan amat memerlukan kerusi tersebut untuk terus memerintah tetapi niat BN di bawah kepimpinan Datuk Mukhriz Tun Mahathir hanya satu iaitu merangkul penduduk Sungai Limau untuk sama-sama menikmati kesejahteraan melalui arus pembangunan yang akan dilaksanakan.

Bagi BN, sudah sampai masanya nasib penduduk Sungai Limau dibela secara ikhlas tanpa mengira fahaman politik yang mereka pegang. BN boleh sahaja membiarkan DUN Sungai Limau di bawah Pas dan BN juga sudah boleh merelakan sahaja penduduk kawasan itu terus terpedaya dengan mainan politik Pas.

Tetapi BN adalah parti yang bertanggungjawab dan mahu melaksanakan amanah bagi membela nasib rakyat sebab itulah BN bersedia bertarung di DUN Sungai Limau. BN tidak boleh membiarkan penduduk Sungai Limau hanya sekadar pemerhati arus pembangunan yang melanda kawasan lain. Apatah lagi majoriti penduduk kawasan itu adalah orang Melayu dan beragama Islam.

BN mahu memastikan kelompok itu dibela dan mendapat manfaat sama ada demi pembangunan fizikal mahupun spiritual. Sebab itulah BN tidak boleh membenarkan penduduk Sungai Limau terus terpedaya dengan mainan politik Pas.

Pas berhujah, pertama, menyatakan penambahan kerusi BN di Sungai Limau tidak akan mengubah status pentadbiran parti itu, sebaliknya kemenangan BN akan menyebabkan parti tersebut menjadi angkuh, kedua, mereka mahu mengekalkan kerusi tersebut kerana ingin menjadi pemantau kepada kerajaan demi kebaikan rakyat.

Motif

Ketiga, jika Sungai Limau berada di tangan pembangkang, BN sebagai kerajaan akan berusaha merampasnya untuk Pilihan Raya Umum Ke-14, maka rakyat akan mendapat pelbagai nikmat pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memenangi hati rakyat. Keempat, kemenangan Pas akan menghantar mesej kepada kerajaan BN di pusat supaya jangan sewenang-wenangnya membuat keputusan yang kononnya bagi mereka merugikan rakyat dan kelima, UMNO sudah diberi sebuah negeri, maka wajar sangatlah Sungai Limau (cuma sebuah DUN) diberi kepada Pas.

Kesemua alasan ini membuktikan, Pas tidak mempunyai apa-apa agenda yang bertujuan mensejahterakan rakyat sebaliknya ia bermotif politik semata-mata. Memang benar, keputusan di Sungai Limau tidak akan mengubah status pentadbiran kerajaan negeri tetapi apakah ini bermaksud Pas mahu membiarkan sahaja penduduk Sungai Limau berada dalam kedudukan sekarang yang dilihat ketinggalan dari segi arus pembangunan?

Apakah Islam mengajar umatnya berada dalam keadaan sebegitu? Benarkah Pas boleh menjadi pemantau kepada kerajaan negeri sedangkan apa yang kita saksikan selama ini bukan sahaja di Kedah malah di seluruh negara, Pas dan pembangkang sentiasa sahaja mencari alasan untuk memburuk-burukkan kerajaan BN. Biarpun apa yang dilakukan oleh BN demi kebaikan rakyat, Pas dan pakatan pembangkang akan memutarbelitkan usaha itu demi meraih sokongan politik.

Sekarang ini pun dalam kempen pilihan raya di Sungai Limau, pelbagai tuduhan mereka lemparkan kepada pentadbiran kerajaan negeri tanpa mengkaji apakah dakwaan mereka benar atau tidak, adakah ini pemantau yang dikehendaki dalam Islam?

Alasan jika Sungai Limau terus berada dalam Pas ia akan membolehkan rakyat menikmati pembangunan kerana BN akan berusaha merampasnya dalam pilihan raya umum akan datang adalah hujah paling dangkal. Ini membuktikan Pas tidak berupaya melakukan apa-apa sebaliknya mengiktiraf keupayaan BN untuk melaksanakan pembangunan tetapi akhirnya Pas akan mengamalkan sikap 'lembu punya susu sapi dapat nama' dengan mendabik dada apa yang BN lakukan adalah hasil tekanan dan desakan mereka.

Apabila Pas menyatakan mahu menjadikan kemenangan di Sungai Limau sebagai mesej rakyat kepada kerajaan BN di pusat, ia sekali gus menunjukkan parti itu terus dengan pendekatan politik ketinggalan zaman dan hakikatnya tidak mempunyai apa-apa agenda untuk membela nasib penduduk Sungai Limau. Sebaliknya mereka mahu 'memperalatkan' pengundi Sungai Limau demi kepentingan politik pakatan pembangkang.

Hujah biarlah Pas terus menguasai kerusi DUN Sungai Limau memandangkan UMNO sudah menjadi kerajaan negeri menunjukkan Pas hanya mahukan kerusi itu semata-mata kerana politik tidak lebih daripada itu.


Demikianlah sikap Pas, mereka mahu mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau atas tujuan politik dan bukan untuk membela nasib rakyat di situ. Atas sebab itulah pengundi-pengundi Sungai Limau harus memahami mainan politik Pas ini.

Tidak salah untuk mereka terus memberi sokongan kepada gerakan politik Pas tetapi dalam soal pilihan raya bagi menentukan pemilihan seorang wakil rakyat bukan soal politik semata-mata yang harus diberi pertimbangan. Sebaliknya banyak sudut lain harus dipertimbangkan khususnya dalam meningkatkan kesejahteraan dalam hidup.

BN yang dipimpin oleh Mukhriz dengan ikhlas hadir menawarkan khidmat demi mengubah nasib rakyat Sungai Limau, oleh itu BN mengharapkan keikhlasan itu akan diterima dan disambut oleh penduduk kawasan berkenaan melalui tagline 'Berani Berhijrah'.

Dalam Islam Allah sudah mengingatkan dalam surah Ar-Ra'd bahawa, Dia tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka

Oleh itu penduduk Sungai Limau khususnya mereka yang masih berhasrat untuk mengekalkan Pas di kawasan itu ketepikanlah ketaksuban, hapuskanlah kebencian sebaliknya berfikiran terbukalah untuk menerima tawaran BN bagi mengubah nasib mereka.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

Mahathir Menangis Di London Kerana Kecewa Karenah Ahli Ahli Parti Bunga

Aidilfitri tahun ini agak berbeza bagi Mahathir. Jauh dia membawa diri ke London. Membawa hati dan perasaan yang kecewa terhadap ahli ahli parti bunga dan rakan rakan barunya dalam Pakatan Harapan. 
Merajuk sungguh. Mahathir merasakan inilah masa terbaik untuk dia meluah rasa hati dan mengubat kecewa bersama keluarganya. Mahathir takut sangat bila RCI Skandal Forex ditubuhkan. Mahathir merasakan masanya mungkin terhad untuk bersama keluarganya lagi. 
Ada yang nampak, Mahathir mengesat air matanya ketika solat hari raya Aidilfitri. Sugul dan termenung jauh memandang ke sejadah. Entah apa yang difikirkan. Namun mereka yang berada di saf belakang jelas nampak kekecewaan Mahathir di pagi raya.  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1543654558988349&substory_index=0&id=697192853634528
Menurut sumber dalaman PPBM, Mahathir sebenarnya sudah mula rasa kecewa dengan ahli-ahli PPBM. Di peringkat atas, Muhyiddin masih berkeras mahu meletakkan orang orangnya di bahagian bahagian tertent…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…