Sabtu, 26 Oktober 2013

Perlukah RM 40 juta untuk perosak alam. Di CH?

CAMERON HIGHLANDS, 23 Okt -  Sebanyak RM40 juta diperlukan untuk membaik pulih kawasan sekitar Sungai Bertam, Ringlet di sini dan membina penempatan baharu bagi penduduk kawasan itu yang terlibat dalam banjir kilat awal hari Rabu.

Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G. Palanivel berkata beliau akan segera membuat permohonan peruntukan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sekiranya peruntukan diluluskan dengan segera, Sungai Bertam akan dibaik pulih dan penduduk yang tinggal di tepi sungai perlu dipindahkan ke rumah baharu di Tanah Rata atau di kawasan lain," katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kejadian, Rabu.

Beliau berkata penduduk di kawasan perumahan setinggan yang tinggal di tepi sungai itu telah menetap lebih 30 tahun dan penempatan baharu perlu disediakan kepada mereka.

Arus deras dan banjir kilat pada pukul 1 pagi ini, memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.

Kejadian akibat air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet itu turut menyebabkan tiga terbunuh – dua daripadanya lemas manakala seorang lagi akibat serangan jantung.

Seorang wanita Indonesia pula masih hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki tempatan cedera.

Mengenai bantuan kepada mangsa banjir kilat yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Ringlet, beliau berkata bantuan seperti makanan, baju dan keperluan lain akan segera disalurkan kepada mereka.

Seramai 54 mangsa melibatkan 12 keluarga di pindahkan ke pusat pemindahan banjir itu.

Sikit nota:

Selepas ini lebih banyak penerokaan haram akan berlaku dan lebih ramai pendatang akan membina rumaah kongsi di gigi air dan penanam sayur dengan sesuka hati akan memanipulasikan harga sayur kononnya BN, barang naik.

SPRM juga sesekali kena buat pemeriksaan penggunaan elektrik yang berlebihan dan pastikan tidak ada penyalahgunaan dalam penggunaan meter tarif.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 ulasan:

  1. yelah. belalah lagi makhluk perosak di cameron highlands tu. hari ini kena bah, esok terus dapat 40 juta. banyak tu beb. dah la undi bagi bulat2 kt dap, bila kena bencana, otomatik beban kpd kerajaan. yg pelik kpd g palanivel ni. tak tengok dulu plan, kajian tentang kos dan yg berkaitan. terus je mintak 40 juta. 40 juta tu besar nilainya. berpuluh kontraktor boleh jadi kaya tu!!!! ini yg dikatakan musibah yg menjadikan seseorang jadi jutawan segera!!!! kenapa pencerobohan tanah tinggi dan pemusnahan alam sekitar oleh penanam sayur yg buruk perangai dan tamak langsung tidak diberi perhatian? bukankah bencana ini adalah peringatan betapa sikap tamak haloba manusia, samada penanam sayur atau pbt yg bersekongkol adalah punca bencana. entah apa2 la kerajaan ni. mudah2 je bagi 40 juta utk kayakan siapa ntah pulak lepas ni. oh ya, peringatan kpd g palanivel, tolong tengok sama kepada kebajikan pengundi2 yg memenangkan kamu dgn kelebihan seratus undi lebih sikit je. tanpa peneroka felda sg. koyan, tak merasalah kamu jd wakil rakyat. tolong tengok warga felda serta perkampungan orang asli yg memberi undi kpd kamu...

    BalasPadam
  2. Patut siasat mcmana boleh buat penempatan kawasan tebing sungai. Kenapa tiada tindakan dari pihak berkuasa. Begitu juga bukit yg digondolkan. Sudah tak terkawal. Elok tukar saja org yg tidak menjalankan tugas mereka itu.

    BalasPadam
  3. Sungai atau berhampiran sungai ada tanah rezab kerajaan.

    Macam mana kerajaan bagi bantuan pada penjenayah? Orang yang menceroboh tanah kerajaan adalah penjenayah kerana

    BalasPadam