Langkau ke kandungan utama

Seriuskah PAS Menentang COMANGO?

 
Harakahdaily semalam melaporkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad yang menyeru NGO Islam agar membantah tuntutan COMANGO.   Katanya, "Tanpa mengira latarbelakang politik mahupun ideologi, marilah kita memahami dan mendalami keindahan Islam dengan betul."
 
Di akhir kenyataannya, beliau juga mendesak kerajaan Malaysia mengambil serius isu ini dan bekerjasama dengan NGO Islam untuk menghadapi COMANGO. 
 
Menarik sekali kerana Kamaruzaman tidak pula menyebut PAS secara spesifik tetapi hanya membayangkan yang semua yang di pihak Islam perlu terlibat dalam menentang COMANGO. 
 
Antara kandungan kenyataannya, Kamaruzaman sendiri telah menggariskan bahawa antara perkara penting yang perlu dipertahankan ialah perlembagaan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah dan Artikel 152 berkenaan hak Melayu selain pengharaman Syiah serta penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian. 
 
Justeru, kita hairan, apa sudah jadi dengan sikap PAS yang gemar manjadikan Islam itu sebagai milik-persendirian parti mereka?  Apa sudah jadi dengan tuduhan PAS bahawa kerajaan UMNO tidak Islam?   Apa sudah jadi dengan tuduhan bahawa perlembagaan negara adalah perlembagaan kafir?  Kenapakah PAS mengharapkan kerajaan UMNO ke hadapan, dan juga NGO?  Kenapakah PAS malu-malu untuk mengambil kredit secara 'borong' dalam kes ini dengan berdemo besar-besaran? 
 
Jika PAS boleh berdemo untuk kes liwat Anwar, berdemo untuk menentang Lynas, berdemo untuk BERSIH, Himpunan Kebangkitan Rakyat, Blackout, Royalti Minyak dan entah apa-apa demo lagi, sehingga sanggup mengganas dan berguling-guling bergadai nyawa anak isteri dan ibu bapa, maka seharusnya isu tuntutan COMANGO ini mendapat reaksi yang jauh lebih hebat lagi dari semua demo itu. 
 
Bukan kita menyokong demonstrasi, cuma reaksi sebegitu tentu lebih menepati laungan riak dan takbur PAS sebagai 'pejuang Islam' yang tulin. 
 
Sikap yang diambil oleh PAS mengenai tuntutan COMANGO menyamai sikap yang diambil mereka ketika menghadapi isu murtad di Selangor.  Iaitu 'segan' untuk ke hadapan bagi menentang secara lantang. 
 
Mungkin Kamaruzaman terlepas pandang bahawa PAS juga tidak begitu konsisten dalam mempertahankan Kalimah Allah dan PAS pada satu ketika cukup nekad menyokong perjuangan DAP untuk menghapuskan hak-hak Melayu atas alasan 'perkauman'. 
 
Atau mungkin juga Kamaruzaman sebenarnya tidak terlepas pandang tetapi cukup sedar bahawa PAS tidak boleh ke hadapan dalam membela Islam dalam isu ini kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan DAP dan juga para gay, lesbian dan pondan di dalam PKR. 
 
Justeru, tidak hairanlah Kamaruzaman menolak para NGO dan UMNO ke hadapan, sementara PAS hanya menonton di belakang. 
 
Apa yang berlaku membuktikan bahawa perlembagaan Malaysia dan kerajaan Malaysia tidak pernah menolak Islam seperti yang dituduh oleh PAS.  Malah, perlembagaan yang digubal UMNO itulah yang memelihara dan menjulang kedudukan agama Islam sekali gus mempertahankan hak umat Islam di negara ini. 
 
Oleh itu, ada baiknya sebelum Kamaruzaman membuat apa-apa kenyataan mengenai COMANGO, beliau terlebih dahulu mengaku akan hakikat ini dan meminta maaf atas keterlanjuran PAS memusuhi UMNO.  Islam itu bermula dari diri sendiri iaitu dengan berjihad menentang iblis di dalam hati.   Hanya dengan cara itu, kita akan dapat bersatu dan mempunyai kekuatan untuk menentang COMANGO dengan lebih yakin. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…