Khamis, 3 Oktober 2013

Tuan Ibrahim menyanggah kenyataan Mahfuz


Pas menyambut baik penetapan tarikh yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, pada 4 November depan.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tarikh tersebut sesuai memandangkan jarak antara Muktamar Pas agak jauh.

Menurutnya, tarikh tersebut membolehkan jentera pilihan raya parti dan PR bersiap sedia untuk menghadapi PRK kawasan itu.

"Kita sambut baik tarikh tersebut, apa yang kita risaukan sebelum ini  tarikh PRK hampir dengan Muktamar Pas pada 22 November depan.

"Tapi kita lihat 4 November itu, adalah tarikh yang sesuai untuk kita mengadakan mesyuarat dan memperkemaskan jentera kita bagi menghadapi PRK Sungai Limau," kata Tuan Ibrahim.

Pas yakin mampu mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau.
Sebelum ini hanya Mahfuz sahaja yang mahukan PRK tersebut dipercepatkan sebelum pemilihan Umno ternyata pandangan Mahfuz tidak boleh diterima oleh ahli Pas.