Isnin, 11 November 2013

Al-Fatihah semoga rohnya mendapat rahmat Allah

Seorang lagi artis yang berasal dari Daerah Taiping Perak telah pergi buat selama-lamanya. Ahmad Busu 60 tahun berasal dari Kampung Termerlok Trong meninggalkan seorang isteri dan 4 anak yang telah dewasa.

"Anak Seluang Jauh Melaut" adalah drama hitam putih yang dihasilkan oleh RTM berjaya mengangkat nama beliau  sebagai pelakon.

Othman Hafsham pula berjaya mengukir nama Ahmad Busu daripada seorang dramatis menjadikan beliau sebagai seorang pelawak terkenal melalui sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dengan nama panggilan Mat Deris.

Semasa sihat, Ahmad Busu sering balik kampung, setaip kali ke bandar Taiping beliau akan singgah di gerai-gerai cashier market di bawah pasaraya Larut Matang dan beliau ramah melayan orang ramai.

Al-Fatihah.