Rabu, 20 November 2013

Hizbut Tahrir Malaysia satu pertubuhan baru yang perlu perhatian ramai

Beberapa minggu lepas selepas solat Jumaat, seorang remaja melayu telah mengedarkan risalah kepada jemaah, boleh dikatakan agak menarik juga risalah tersebut apabila dilihat tajuk- tajuk kecil dalam 2 halaman edarannya.

Hari ini TM cuba belek-belek sekali lagi dan membuka laman web http://www.mykhilafah.com dan cuba merayau-rayau melihat keseluruhan kandungan laman tersebut.

Agak menarik juga dan faham apa yang cuba disampaikan oleh pertubuhan ini. Cumanya kumpulan ini perlu mendapat berita 1st hand untuk kisah politik di Syria, Mesir dan beberapa negara Islam lain. Lebih baik jika mereka meletakkan wakil mereka di negara yang bergolak agar berita yang diterima tepat dan tidak memihak kepada sebelah pihak sahaja.

Dalam forum yang disampaikan oleh seorang ustazah juga agak menarik yang berjudul wanita di Malaysia yang berkerjaya.  Lihat dan nilai sendiri.

Tak ada komen lain, TM akan terus mengikuti perkembangan kumpulan ini.

https://www.facebook.com/pages/Hizb-Ut-Tahrir/354618431306065

4 ulasan:

  1. Hizbut Tahrir Malaysia dah lama wujud, ibu pejabatnya terletak di seksyen 7 bandar baru bangi, tempat bertapaknya parashit-parashit tukang cuci taik karpal..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum

    Aku pernah dengar kumpulan Hizbut Tahrir ni. Tapi aku tak pasti sangat apa motif dan agenda kumpulan ni. Aku dengar2 kumpulan ni aktif dalam hal ehwal politik Timur Tengah.

    Aku fikir tak payah la sibuk jaga hal politik di Syria dan sebagainya. Kat Malaysia ni yang bangsa cina cuba nak tukar Malaysia ni menjadi negara bukan Islam dan menggunakan kalimah Allah dalam agama Kristian, kenapa itu tak diberi perhatian yang sewajarnya?

    Kenapa hal ehwal di Timur Tengah yang jauhnya berapa ribu batu dari Malaysia tu diberi perhatian?

    Sedarlah bangsa Melayu. Keadaan kamu di TANAH MELAYU ni dah macam telur di hujung tanduk. Utamakan apa yang patut diutamakan!

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum sahabat sekalian,
    Adalah baiknya jika anda mengambil pendekatan berjumpa mereka meminta penjelasan daripada anda melalut. Itu jauh lebih baik dari bersangka macam2.

    BalasPadam
  4. mohon admin bersemuka terus & berbincang dgn lebih lanjut dgn ahli2 mereka...apa yg saya tahu hizbut tahrir juga ada di syria,mesir, & beberapa buah negara umat islam yg lain

    BalasPadam