Isnin, 18 November 2013

Layak! Setengah juta Bangla bakal ke Malaysia

Hanya 500,000 daripada 1.4 juta rakyat Bangladesh yang layak bekerja di Malaysia dalam sektor perladangan berdasarkan kepada pangkalan data kerajaan negara ini.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh, Norlin Othman berkata, sejak Malaysia dan Bangladesh menandatangani perjanjian persefahaman pengambilan pekerja asing dalam sektor perladangan pada hujung tahun lepas, kira-kira 1.4 juta rakyat Bangladesh mendaftar untuk bekerja di Malaysia.

"Setelah membuat tapisan, hanya 500,000 yang layak kerana terdapat permohonan yang tidak memenuhi kelayakan seperti usia yang terlalu tua dan terlalu muda,” katanya kepada pemberita Malaysia di sini.

Norlin berkata, ada juga permohonan yang ditolak kerana terlebih kelayakan seperti siswazah.

Namun, pihaknya hanya menerima 10,000 permintaan untuk pekerja perladangan daripada majikan di Malaysia.

Mengikut rekod, kira-kira 320,000 pekerja Bangladesh bekerja secara sah dalam pelbagai sektor di Malaysia ketika ini. - Bernama

1 ulasan:

  1. Layak ? nak layak siapa sia TM ? kita harus juga bersifat adil dalam memenangi isu pekerja asing yang dibawa masuk ke negara kita. Kita rasa TM lebih arif dalam hal ini kenapa dan mengapa kita perlu megambil orang asing masuk bekerjka . Tanya lah anak pak ngah , pak long atau pak lop adakah mereka mahu bekerja di kilang atau mahukah mereka bekerja di ladang atau mahu kah mereka bekerja sebagai pak gad atau apa saja kerja yang pendapatan dibawah RM1000.
    Jangan kita cepat melatah , jangan cepat menghidu isu orang dan kita lompat , juga jangan lah ikut rentak rupa pembangkang . Apa yang perlu kita buat , 1. kaji selidik dahulu 2. kaji sikap orang muda 3. kaji sikap ibu bapa yang ada anak muda 4. kaji juag sikap dan kelayak kita sebelum memberitahu orang lain .... jangang ambil pekerja asing , jangan ambil amah asing , jangan ambil apa juga yang asing dan paling baik jangan kawin orang asing

    BalasPadam