Selasa, 19 November 2013

Hadkan jangka hayat kereta tidak bebankan pemilik kereta – DS Hishammuddin Tun Hussein

Had jangka hayat kereta tidak bebankan pemilik kereta???????
Pemilik bermasalah saja yang pandu kereta tua yang berusia 12 tahun.

Memang pun bermasalah ,

Kalau harga kereta  murah tak ada masalah lah.


Cadangan untuk menghadkan jangka hayat ke atas kereta tidak akan membebankan pemilik dengan hutang , kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Putrajaya berat ke arah mengenakan polisi akhir hayat kenderaan tetapi butir-butir cadangan itu masih belum dimuktamadkan.
Kereta yang selamat dipandu

“Saya perlu mencari satu mekanisme supaya rakyat tidak akan terjejas atau dibebani dengan kos sara hidup ,” katanya hari ini. “Kita mungkin perlu pergi ke hadapan dengan apa yang telah dicadangkan tetapi mungkin terdapat mekanisme yang tidak akan menimbulkan beban yang tidak diperlukan, ” katanya.
Kereta ini lebih selamat

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata pada Ahad lepas bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuat keputusan tidak lama lagi di atas dasar untuk mengenakan jangka hayat ke atas kereta. Semalam, strategis Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli membantah cadangan tersebut, berkata ia akan memburukkan lagi kewangan rakyat kerana kebanyakan rakyat Malaysia mengambil pinjaman kereta sembilan tahun dan perlu sekali lagi mengambil hutang kereta baru tiga tahun selepas tamatnya bayaran pinjaman mereka.
Kereta ini sudah lebih 12 tahun dan tidak selamat sebab boleh terbang

Hishammuddin bersetuju dengan hujah Rafizi di mana pertambahan hutang kereta sebegitu akan meningkatkan hutang isi rumah. Bagaimana pun, beliau berkata bahawa “terdapat banyak cara untuk mengatasi masalah ini “, TANPA MENGULAS LEBIH LANJUT.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) Profesor Dr Wong Shaw Voon berkata Jumaat lalu bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya .

“Terdapat risiko kematian yang lebih tinggi dalam kemalangan kerana kereta itu boleh rosak tanpa pemandu menyedarinya . Kebanyakan kereta direka untuk mempunyai jangka hayat lima hingga 12 tahun sahaja, ” katanya.
Kereta lama ini bernilai ratusan ribu ringgit

Walaupun sudah hampir setengah abad harganya tetap mahal

Pada bulan Februari tahun ini, Institut Automotif Malaysia mencadangkan supaya kenderaan yang lebih tua daripada 10 tahun tidak berada di jalan raya jika Putrajaya memutuskan untuk meneruskan polisi akhir hayat kenderaan. Persatuan pengguna Fomca telah membantah cadangan itu sebelum ini dan mencadangkan bahawa kereta lebih daripada 15 tahun harus tertakluk kepada ujian jalan raya .

Terdapat lebih daripada 22 juta kenderaan di jalan raya di negara ini dengan lebih daripada lima juta berusia lebih daripada 10 tahun.

10 ulasan:

  1. kereta lama selalunya pemandu pandu perlahan.....sebab sudah tua.Kereta baru meluncur pasai muda.Ada fakta yang mengatakan kereta lama sering terlibat kemalangan?

    BalasPadam
  2. Tidak membebankan taik palat kau orang boleh lah menteri jangan main tangkap muat pendapat orang gila seperti krismudin.

    BalasPadam
  3. Memanglah tak tak membebankan pada orang-orang yang kaya, yang bangun nampak duit, makan nampak duit, melangkah keluar rumah nampak duit sampai tidurpun mimpikan duit tapi bagaimana dengan rakyat yang kehidupan yang sederhana, pesara dan yang tak mampu untuk bertukar kereta. Buat kajian terperinci dahulu dengan pelbaggai cadangan. Apa gunanya ada PUSPAKOM, daripada melaksanakan cadangan tersebut ada baiknya untuk kereta-kereta lama dimestikan membuat pemeriksaan berskala bagi menentukan tahap keselamatan kenderaan tersebut, taklah membebankan pengguna. Berbincang dahulu cara yang terbaik bukan dengar satu cadangan terus keluar statement. Tak semestinya yang lama tu tak elok dan yang baru tu excellent. Banyak fakta-fakta lain yang menyebabkan kemalangan bukan hanya disebabkan kereta-kereta lama. Fikir-fikirkan lah.

    BalasPadam
  4. Bunyi macam bijaksana, dgn statistiknya, tapi kesian tahap dan cara berfikir menteri kite.

    BalasPadam
  5. anti-Otak Kepala Lutut19 November 2013 6:46 PTG

    Kenapa lah menteri-menteri Ah Gib Gor ni kebanyakan nya bangang2 belaka??? Yang best tu kenyataan Menteri Amaran CKMM tukaq kereta lebih 12 tahun tak membebankan rakyat....kepala B@T@H dia.....kamu tu tak apa lah segala bagai gomen tanggung. Aku nak bagi tahu kat bangang2 semua termasuklah Professor MIROS kangkung tu. Setiap kenderaan kalau di selenggara secukupnya, ia tetap selamat walaupun berumur lebih 12 tahun. Yang selalu menyebabkan kemalangan ialan bangang2 kat belakang steering dreber tu. JAdi lain kali sebelum anda mengeluarkan kenyataan tolong letak otak anda di kepala dan bukannya di kepala lutut atau juboq anda,

    AH Gib Gor - tolong ingatkan menteri2 anda sewaktu mesyuarat kabinet tiap-tiap hari Rabu tu akan pentingnya meletakkan otak di kepala masing2.

    BalasPadam
  6. Ini masalahnya apabila memilih pemimpin yang tidak memahami kesusahan rakyat... Katakan TIDAK pada HISHAM... SAY NO TO BN...

    BalasPadam
  7. dua2 orang kat atas tu cakap tak leh pakai....tunjuk bodoh tak bertempat...

    BalasPadam
  8. Terbaru : http://salatusalatin.blogspot.com/2013/11/kalau-dekatlah-tobat-aku-peluk-punyer.html

    BalasPadam
  9. sekali tak jadi daaaa.... sudah teruk kena hentam, pemangku menteri pengangkutan aka menteri pertahanan kata tiada peraturan seperti itu akan dilaksanakan. kalau idea dibatalkan, rasanya tukang beri idea pulak perlu dilempar ke sungai....

    BalasPadam
  10. tak pernah terfikir ke kami-kami yg rasa sengsara 9 tahun nak kena bayar duit bulanan keta tuh....habis masuk 12tahun tamat jangka hayat !!!!!! ...... org biasa2 cam ai nih paling layak beli cuma proton dengan asyik rosak sana sini nak repair itu ini ....kalau nak buat cadangan tu tengok lah kiri kanan dulu jangan pandang yg banyak duit je...habis yg tak berduit nak tukar apa benda nya ....lain lah kereta buatan Msia ni bagus2 ini tak nyaman langsung nak memandu keta asyik rosak memanjang ......

    BalasPadam