Jumaat, 22 November 2013

Muktamar Pas : Pemilihan kali ini beretika dan calon berintegriti?

Pemilihan PAS pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 kali ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang laporan salah laku oleh mana-mana calon yang bertanding.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, suasana pemilihan PAS ini membuktikan calon-calon PAS bukan sahaja beretika bahkan berintegriti sebagai entiti penting dalam jemaah.

"Laporan salah laku calon tidak ada, laporan dari orang bukan calon memang ada, kadang-kadang ada fitnah dan kita akan ada proses yang akan kita lakukan selepas ini," katanya ketika memberi ucapan aluan di Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 di Stadium Malawati.

1 ulasan:

  1. Tapi bila ada pilihanraya, orang-orang PAS lah antaranya yang selalu buat hal, buat kecoh,nak bergadoh, tuduh itu, tuduh ini...tak bertamadun betul. Semasa muktamar..dia orang berlakun saja...macam baik sangat.

    BalasPadam