Isnin, 4 November 2013

Pas meroyan, tendang kereta Dr Sohaimi Lazim

Calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim kesal dengan tindakan biadab segelintir penyokong Pas yang menendang keretanya dalam kejadian pagi tadi.

Ahmad Sohaimi berkata, tindakan berkenaan mencemari konsep politik damai yang dilaungkan oleh pemimpin Pas sebelum ini.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi tadi ketika saya sampai di Sungai Dedap.

"Dalam keadaan trafik sesak, ada penyokong Pas telah menendang kereta saya," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Sohaimi yakin perbuatan berkenaan dilakukan oleh orang luar kerana pengundi di situ mengamalkan sikap menghormati antara satu sama lain.

"Bagi saya, perbuatan ganas itu tidak mencerminkan ajaran agama Islam. Walaupun sedang bersaing merebut kerusi tetapi akhlak kena jaga," katanya. Bagaimanapun, Ahmad Sohaimi berkata, beliau tidak bercadang membuat laporan polis kerana beranggaoan ia warna-warni kerjaya politiknya. - UTUSAN ONLINE