Langkau ke kandungan utama

Sidang Parlimen Kecoh:  Sanggupkah Kita Dipimpin Orang Terencat Akal?

 
Sidang parlimen semalam menjadi riuh rendah apabila Ahli Parlimen pembangkang 'meragam' bagai anak nakal yang tidak mendengar cakap.  Semuanya bermula apabila mereka tidak puas hati dengan penggantungan Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N Surendran. 
 
N Surendran sebelum ini cuba membentangkan usul untuk mengutuk pecerobohan kuil Hindu Sri Muneswarar di Jalan P.Ramlee tetapi ditolak kerana tidak menepati peraturan mesyuarat.  Akibatnya beliau telah bertindak mencabar Speaker sehingga diarahkan keluar dewan. 
 
Bertitik tolak dari itu, beliau telah digantung dari parlimen yang mana menyebabkan rakan-rakannya di dalam pembangkang meroyan. 
 
Justeru, rakyat semalam dapat menyaksikan bagaimana adegan meroyan Khalid Samad melipat kertas usul dan dijadikan kapal terbang, Azmin merenyukkan kertas usul dan juga sorakan dan tepukan meja yang kuat oleh Ahli Parlimen pembangkang bagi mengganggu perjalanan dewan. 
 
Kita tidak tahu apakah para pemimpin pembangkang ini merasa bangga menunjukkan sikap begitu kepada rakyat.  Tetapi kita pasti tiada rakyat yang sanggup membayangkan negara diperintah oleh mereka-mereka ini. 
 
Sikap pemimpin pembangkang membuktikan tahap pemikiran mereka yang tidak matang atau lebih tepat, terencat akal.  Ini tentulah malang bagi Malaysia yang sedang dalam perjalanan untuk menjadi sebuah negara maju.  Seharusnya pembangkang bersikap professional dan membangkang isu yang lebih relevan bagi menepati sebuah persidangan parlimen sebuah negara yang bergerak maju.  Negara memerlukan pembangkang yang mampu membangkang untuk membina bukan  untuk memusnahkan.
 
Dalam pembangkang menuduh kerajaan pimpinan UMNO sebagai kolot dan mundur, sikap pembangkang pula menunjukkan yang mereka adalah golongan jahiliah yang belum menerima tamadun. 
 
Dalam pembangkang menuduh kerajaan sebagai 'separuh masak', mereka pula memperlihatkan sikap 'tiga suku'.    
 
Mencabar speaker dan membuat kecoh dengan bermain kertas adalah sikap yang tidak boleh diterima sama sekali di mana-mana majlis rasmi di kalangan orang-orang dewasa, apatah lagi pemimpin di dalam sidang yang bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju negara. 
 
Jika ingin membantah sekali pun, apakah perlu bersikap seperti orang tidak siuman?  Di manakah maruah diri?  Apakah mereka menyangka rakyat suka melihat sikap yang hodoh begitu?  Banggakah anak isteri dan ibu di rumah melihat sikap anak, suami atau bapanya yang bergelar pemimpin itu?   Megahkah dapat mempertontonkan keburukan diri kepada dunia? 
 
Ahli Parlimen seharusnya membawa watak terhormat dan serius, selaras dengan kedudukannya sebagai pemimpin.  Sikap 'gila' seperti yang ditunjukkan sebenarnya telah menakutkan rakyat. 
 
Rakyat semakin bimbang sekiranya mereka yang 'gila' ini berjaya menjadi Menteri suatu hari nanti.  Untuk itu, PR nampaknya telah memberi bonus yang besar kepada BN kerana telah mengalih isu kuil kepada isu ahli parlimen menjadi 'gila'. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ulasan

  1. Satu lagi, benarkah dakwaan yang mengatakan Jamaluddin Jarjis masih lagi menerima elaun Duta Khas ke Amerika sebanyak RM27 ribu walaupun beliau sudah tidak lagi memegang tugas itu ?

    BalasPadam
  2. Bung mohtar dan segerombolan mp bn pun berperangai sebegitu baru-baru ini.

    BalasPadam
  3. MALANGNYA DI SEBELAH PETANG, AHLI PARLIMEN PULAK BUAT BENDA YANG SAMA. AKU TAK TAULAH DEPA NAK BUKTIKAN APA SEBENARNYA.

    BalasPadam
  4. Sememangnya ahli parlimen kita tiada sifat yang terpuji. Dalam dewan yang sedemikian pun berkelakuan sebergitu. Tidak dapat diterima oleh mereka yang waras fikiran. Dah seperti budak2 kelakuan MP. Langsung tiada sifat malu dan hargai diri. Tidak dapat menerima akan perkara yang tidak menyebelahi mereka. Semenjak kekuatan pembangkang seimbang dengan pihak kerajaan, kelalukan sesetengah MP amat tidak dapat diterima oleh mereka yang mempunyai fikiran yang waras. Dalam kata lain..perangai macam sial, malah ada yang seperti anjing..yang hanya tahu menyalak sahaja. Maaf jika kata2 saya agar kasar. Tapi hakikatnya tiada perkatan lain yang boleh diguna pakai untuk MP2 yang berperangai sedemikian. Ada setengah itu kehadiran mereka hanya untuk membangkang walaupun perkara itu benar dan nyata, namun masih juga nak bangkang. Memang bangang MP2 tersebut. Macam puki mak saja perangai mereka. menghabiskan duit rakyat memilih mereka menjadi ahli parlimen.

    BalasPadam
  5. MP Islam ni, Bab Kalimah ALLAH tak nak pulak meroyan mcm tu .. Bab KUIL sampai sanggup jadi GILA BABI..ish ish ish

    BalasPadam
  6. siarkan secara langsung bior rakyat tengok perangai depa habis cite

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

Mahathir Menangis Di London Kerana Kecewa Karenah Ahli Ahli Parti Bunga

Aidilfitri tahun ini agak berbeza bagi Mahathir. Jauh dia membawa diri ke London. Membawa hati dan perasaan yang kecewa terhadap ahli ahli parti bunga dan rakan rakan barunya dalam Pakatan Harapan. 
Merajuk sungguh. Mahathir merasakan inilah masa terbaik untuk dia meluah rasa hati dan mengubat kecewa bersama keluarganya. Mahathir takut sangat bila RCI Skandal Forex ditubuhkan. Mahathir merasakan masanya mungkin terhad untuk bersama keluarganya lagi. 
Ada yang nampak, Mahathir mengesat air matanya ketika solat hari raya Aidilfitri. Sugul dan termenung jauh memandang ke sejadah. Entah apa yang difikirkan. Namun mereka yang berada di saf belakang jelas nampak kekecewaan Mahathir di pagi raya.  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1543654558988349&substory_index=0&id=697192853634528
Menurut sumber dalaman PPBM, Mahathir sebenarnya sudah mula rasa kecewa dengan ahli-ahli PPBM. Di peringkat atas, Muhyiddin masih berkeras mahu meletakkan orang orangnya di bahagian bahagian tertent…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…