Langkau ke kandungan utama

Cukai DBKL tidak seteruk Selangor yang di meningkat lebih 25%

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil keputusan drastik dalam menyelesaikan kemelut cukai pintu apabila memutuskan kenaikannya tidak akan melebihi 10% daripada bayaran cukai semasa sementara pemilik hartanah komersial pula tidak melebihi dari 35% bayaran cukai semasa.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan hal itu selain berkata kadar cukai baru bergantung kepada lokasi hartanah.

"Hartanah yang berada di kedudukan 36 batu dari Kuala Lumpur akan dikenakan kadar berbeza berbanding mereka yang tinggal lebih jauh dari jarak tersebut," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat DBKL hari ini.

Beliau berkata rebat khas akan diberikan kepada kumpulan pemilik hartanah tertentu seperti orang kelainan upaya (OKU), pesara dan pemilik yang menetap di hartanah sendiri.

"Mereka boleh mengisi borang permohonan yang boleh didapati di kaunter bayaran DBKL dengan disertakan dokumen sokongan," katanya. – 19 Disember, 2013.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ulasan

  1. Maksud kenaikan tidak melebihi 10% daripada cukai semasa perlu dperjelaskan sama ada merujuk kepada kenaikan kadar cukai taksiran dari 6% kepada tidak lebih dari 10% ATAU merujuk kepada 10% daripada jumlah cukai taksiran semasa yang kena bayar .Ini kerana jumlah cukai taksiran dikira berdasarkan kepada % kadar x nilai tahunan hartanah,jika nilai tahunan hartatanah naik dari RM7,500 kepada RM15,000 ,walaupun kadar cukai taksiran kekal 6% ,jumlah cukai taksiran yang kena bayar akan naik 100% menjadi RM900.Sebaliknya jika kadar cukai dinaikkan kepada 10% manakala nilai hartanah dikekalkan RM7,500 setahun,cukai taksiran yang kena bayar adalah sebanyak RM750 setahun. Oleh yang demekian pihak DBKL perlu memberikan penjelasan apa yang dimaksudkan dengan kenaikan cukai semasa yang dikatakan tidak melebihi 10% samada yang dimaksudkan dengan tidak melebihi 10% itu merujuk kepada kadar cukai taksiran atau kenaikan nilai hartanah supaya pemilik dapat mengira sendirin dengan mudah kadar cukai baru akibat kenaikan yang dicadangkan.

    BalasPadam
  2. Maksud kenaikan tidak melebihi 10% daripada cukai semasa perlu dperjelaskan sama ada merujuk kepada kenaikan kadar cukai taksiran dari 6% kepada tidak lebih dari 10% ATAU merujuk kepada 10% daripada jumlah cukai taksiran semasa yang kena bayar .Ini kerana jumlah cukai taksiran dikira berdasarkan kepada % kadar x nilai tahunan hartanah,jika nilai tahunan hartatanah naik dari RM7,500 kepada RM15,000 ,walaupun kadar cukai taksiran kekal 6% ,jumlah cukai taksiran yang kena bayar akan naik 100% menjadi RM900.Sebaliknya jika kadar cukai dinaikkan kepada 10% manakala nilai hartanah dikekalkan RM7,500 setahun,cukai taksiran yang kena bayar adalah sebanyak RM750 setahun. Oleh yang demekian pihak DBKL perlu memberikan penjelasan apa yang dimaksudkan dengan kenaikan cukai semasa yang dikatakan tidak melebihi 10% samada yang dimaksudkan dengan tidak melebihi 10% itu merujuk kepada kadar cukai taksiran atau kenaikan nilai hartanah supaya pemilik dapat mengira sendirin dengan mudah kadar cukai baru akibat kenaikan yang dicadangkan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…