Khamis, 5 Disember 2013

Guru melenting dituduh agen pembangkang

Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menyelar kenyataan Ketua Pemuda Umno Melaka, Zali Mat Yasin yang membidas sikap sesetengah guru yang sanggup menjadi ejen pembangkang hanya kerana tidak puas hati dengan sistem pendidikan negara.

Ketua Gerak Kerjanya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang juga pengendali akaun Facebook ‘Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan’ menepis dakwaan tersebut.

“SGMM menyelar kenyataan Ketua Pemuda Melaka, Zali Mat Yasin kerana menuduh guru sebagai ejen politik pembangkang.

“Untuk pengetahuan semua, saya dapat sahkan secara rasmi bahawa akaun Facebook ini telah menyatukan semua pihak, daripada pihak BN atau PR kerana ini adalah masalah pendidikan kepada generasi kita bukan masalah politik.

“Kepada Ketua Pemuda Melaka, lebih baik fikirkan cara nak membantu mangsa banjir di Kuantan daripada tuduhan melulu kepada guru,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Zali Mat Yassin berkata pendidik yang tidak berpuas hati dengan bebanan kerja, penukaran silibus pelajaran sanggup menyebarkan anasir buruk mengenai kerajaan.

NOTA LUTUT

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, mengaku sahajalah bahawa ramai guru sokong Pas. Nak bukti ker? Gambar guru pergi demo bershit pun banyak dalam facebook.