Pas telah menjadikan isu banjir untuk menfitnah pihak lawan. Umno dituduh pilih kasih dalam memberi bantuan, umno tidak itu dan tidak ini.
Padahal sejak Khamis lagi pemimpin Umno meninggalkan pehimpunan untuk melihat sendiri mangsa banjir dan merangka bantuan yang perlu dihulurkan kepada mangsa.
Jumaat dan Sabtu sayap pemuda dan puteri telah turun untuk membawa bantuan makanan dan lain-lain keperluan asas ke pusat-pusat perlindungan sementara.
Tak cukup dengan itu, semua agensi kerajaan yang berkaitan telah turun untuk membantu dan meringankan beban mangsa. Tak cukup dengan lori, helikopter digunakan.
Menyedari akan peranan dan bantuan yang aggresif dilakukan oleh Umno, membuatkan pihak Pas tak senang duduk. Kelmarin Pas Selangor menggerakkan jentera mereka untuk menunjukkan mereka juga turut membantu, paling lucu bila melihat seorang pemimpin mereka berlakon dengan memikul barang untuk membantu mangsa tetapi sayang sekali mereka gagal menunjukkan kepada siapa barangan tersebut diberikan. Ini lah lifestyle mereka.