Selasa, 24 Disember 2013

Lagi laporan polis bantah perhimpunan haram

Pada jam 6 petang hari Khamis 26 Disember 2013 beberapa NGO akan membuat laporan polis di IPD Taiping bagi menghalang perhimpunan 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka bertujuan mengguling kerajaan.

Perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan dianggap mengganggu malam sambutan tahun baru dan boleh mengancam keselamatan orang ramai yang hendak menyambut tahun baru di Dataran Merdeka khususnya dan lain-lain tempat.

Beberapa hari lepas beberapa letupan telah berlaku dibeberapa bandar di Selatan Thai bersempadan dengan negara kita dan ia telah menyebabkan pelancong kita yang ke sana telah berpusu-pusu balik ke Malaysia dan menyebabkan jalan raya jem sejauh 1.5 km di Bukit Kayu Hitam dan Danok.

Jika kita mahukan keamanan kita mesti bantah perhimpunan oleh penganjur keparat tersebut. Aman Malaysia tanpa Pas, Pkr dan Dap.

Kepada warga Taiping dan NGO setempat jom buat laporan polis ramai-ramai menandakan kita cinta akan keamanan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.