Ahad, 15 Disember 2013

Tahniah Melayu Selangor

Konvensyen Dap Selangor mendedahkan bahawa 40 peratus Melayu Selangor menyokong Dap. Tahniah kepada orang Melayu Selangor.

Kini Dap sedang berusaha meraih angka 50 peratus sokongan Melayu untuk terus menguasai negeri tersebut.

So, siapa 50 % melayu yang akan sokong Dap? Jawapannya ialah ahli Pas dan Pkr Melayu. Merekaa ini terdiri dari kaum pendatang yang bermastautin di negeri tersebut. Melayu Selangor ramai berhijrah dari Kelantan yang terkenal sebagai penyokong tegar Pas. Oleh sebab itu hari ini tersebar gambar satu majlis bercukur jambul, orang melayu menjemput ahli Dap untuk menjalankan upacara tersebut, sudah tiada lagi alim ulama untuk dijemput ke majlis tersebut.

Hari Raya yang lalu, ramai ustazah Dap hadir ke surau dan masjid untuk memberi sumbangan bantuan dan duit raya. Tidak hairan lah jika tahun hadapan Dap akan melabur lebih banyak wang untuk meraih sokongan 50% sokongan Melayu dalam mengekalkan pemerintahan mereka.

Pas juga memuji kehebatan pentadbiran Selangor kerana berjaya mengumpul dan menyimpan wang sejumlah 3 Billion Ringgit.

Akan tetapi Selangor menghadapi masalah pengurusan yang buruk. Masalah air, masalah sampah yang tidak dikutip mengikut jadual, jalan rosak dan tidak dibaik pulih, rumput di bahu jalan terbiar panjang tanpa ditebas dan pelbagai masalah lai,

Mereka seronok dan berbangga melihat angka perbendaharaan negeri meningkat tetapi dalam pengurusan mereka gagal. Pengundi Dap membisu dan buat-buat buta dan pekak apabila melihat sampah, rumput dan jalan yang berlobang-lobang.

Tahniah Melayu Selangor.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.