Rabu, 4 Disember 2013

Yingluck Shinawatra@ Jamilah diambang kejatuhan

File:Yingluck Shinawatra at US Embassy, Bangkok, July 2011.jpg

Yingluck@ Jamilah , 46 tahun merupakan adik kepada Thaksin  bekas perdana menteri Thailand  yang digulingkan. berketurunan Cina yang berasal dari Guangdong.

Yingluck dan Thaksin merupakan ahli perniagaan dan juga ahli politik yang berjaya memikat hati rakyat Thai. Thaksin berjaya menjadi perdana menteri ke 23 dari tahun 2001hingga 2006 dan kini adik kandungnya berjaya menjadi perdana menteri ke 28.

Kesilapan Jamilah ialah beliau menggubal undang-undang bagi membolehkan abangnya  Thaksin kembali ke Thailand dan menjalani kehidupan biasa tanpa dikenakan sebarang tindakan dan hukuman.

Walaupun berlainan parti politik dengan abangnya tetapi agenda keluarga memainkan peranan penting dan inilah salah satu punca penentangan terbaru di Thailand.

Secara tak langsung jelas menunjukkan keturunan Siam tulen ingin menyingkirkan puak-puak keturunan tanah besar China daripada menguasai politik negara gajah putih itu.

Suthep Thaugsuban ahli parlimen dari Surat Thani kini begitu yakin dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan seperti mana yang cuba dilakukan oleh Anwar dan Lim Kit Siang. Cuma yang bezanya ialah di Malaysia puak-puak Cina Dap cuba menyingkirkan pemimpin Melayu dan ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik dan bergabung dengan jiran sengkenit kita di selatan tanah air. Anwar dan Hadi hanya sebagai agen untuk memecah belahkan kaum melayu sahaja.

Jamilah adalah nama timangan yang diberikan oleh kaum Melayu Pattani di Selatan Thai