"Sebagai usaha bagi PR memenangi Parlimen Putrajaya pada PRU14, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mencadangkan penduduk yang bekerja di kawasan itu perlu mendaftar pemilih di sana.
Menurutnya, Putrajaya adalah tumpuan utama PR pada PRU akan datang dan menjangkakan tarikh pilihan raya itu akan diadakan dalam tempoh tidak sampai lima tahun.
Beliau berkata, perkara itu kerana keadaan ekonomi yang semakin meruncing dan pemerintah tidak mampu dihadapi masalah itu dengan begitu lama kecuali melakukan pilihan raya semula.
"Kita perlu bersedia, dan Putrajaya adalah tumpuan kita pada PRU yang akan diadakan tidak sampai tempoh lima tahun lagi.
"Rakyat Kelantan khususnya yang ramai di kawasan ini, yang bekerja dan tinggal di sini perlu mendaftar pemilih di kawasan ini.
"Perkara ini penting untuk mendapatkan pusat pentadbiran negara," katanya pada program Sempena Minum Petang dan Bicara Santai Putrajaya Bersama Husam.
NOTA LUTUT:
Husam mahu Bn tumbang di Putrajaya kerana isu pembinaan Hard Rock Cafee, tetapi kalau usul Kristian nak bangunkan gereja di sana dan menamakan "Rumah Allah Roh Kudus" sudah tentu Husam bersetuju.
Kenapa Husam mahu ramai pengundi di Putrajaya?
Pertamanya kerana dia sedar bahawa ramai anak Kelantan yang bekerja di Jabatan Kerajaan balik mengundi di kampung halaman mereka dan itulah punca kekalahan Husam di pusat pentadbiran tersebut.
Kedua Husam mahu ajar Pas Kelantan agar jangan terlalu sombong selepas menang besar PRU 12 dan 13.