"Cantik dan mewah hiasan dalam jet baru Putrajaya, menurut laporan tahun 2012 kos perjalanan 'Putrajaya' lebih 180 juta... bersyukur negara kita mewah", menurutnya lagi.
Paling menarik, apabila para blogger Umno membuktikan bahawa gambar tersebut adalah merupakan sekeping gambar palsu, Dr Asri dengan segara membuat pusingan 'u-turn' dengan meletakkan kesalahan tersebut kepada pengendali (admin) laman sosial beliau. Kononnya tindakan tersebut dilakukan tanpa merujuk atau mendapat kelulusan dari pihak beliau sendiri.
Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh laman sosial rasmi beliau berhubung perkara tersebut:
" Pihak DrMAZA.com memohon maaf atas gambar 'hiasan pesawat' kerajaan sebelum ini. Gambar itu sebenarnya dikeluarkan oleh Malaysia Chronicle. Adapun kos 180 juta tahun 2012 memang laporan kebanyakan media. Di samping bersyukur atas kekayaan negara, kita juga menunggu gambar rasmi yang sebenar. Atas sikap adil DrMAZA.com telah menyiarkan jawapan rasmi Pejabat PMO sebelum ini."
" [admin] Pihak Admin memohon maaf kepada Prof Madya Dato' Dr MAZA (Dr Asri) dan followers page ini atas gambar yang tidak tepat tentang Jet Putrajaya sebelum ini. Pihak Prof Madya Dato' Dr MAZA telah mengarah admin menarik balik gambar tersebut dan sudah pun ditarik. Ada jumlah 180 juta itu adalah bersumberkan laporan berasas. Sesiapa yang ada gambar sebenar harap dapat bantu pihak admin."
Di dalam kenyataan di atas, admin beliau secara jelas menyatakan permohonan maaf terhadap Dr Asri di atas kesilapan yang dilakukan itu. Dalam erti kata mudah, yang salah adalah admin page tersebut, dan bukannya Dr Asri sendiri kerana telah dilakukan tanpa pengetahuan dirinya.
Tambah menarik, mungkin kerana ini menjaga air muka atau maruah Dr Asri sebagai tokoh agamawan yang disegani ramai, dia ingin mengatakan yang salah hanya gambar, tetapi kenyataan terhadap gambar tersebut adalah merupakan fakta dari laporan yang berasas.
Sedangkan sekiranya dirujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebelum ini, sewaan terhadap pesawat ACJ A320 di antara 1 Februari - 31 Disember 2013 (mungkin itu yang beliau maksudkan dengan jet baru Putrajaya) adalah disebabkan pesawat sedia terpaksa dihantar untuk urusan penyelenggaraan.
Dalam erti kata lain, sebagai langkah berjimat-cermat kerajaan hanya menyelenggarakan pesawat-pesawat yang lama agar boleh digunakan kembali, berbanding membeli pesawat baru bagi digunakan untuk tugasan rasmi. Namun semua itu tidak dibangkitkan oleh Dr Asri walaupun beliau merupakan seorang tokoh agama yang disegani.
Mungkin kerana telah dikritik oleh pelbagai pihak atas tindakan tersebut, barulah pihak admin page tersebut meletakan kenyataan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri, itu pun setelah 2 jam penyataan maaf itu dikeluarkan.
Namun apa yang mendukacitakan ialah, sehingga artikel ini ditulis, langsung tiada sebarang permohonan maaf secara rasmi dari pihak Dr Maza sendiri mahupun admin beliau terhadap Perdana Menteri selaku orang yang dikaitkan secara langsung dengan fitnah tersebut.
Sedangkan disebabkan gambar tersebut, pelbagai persepsi, cacian, sindiran dan sebagainya telah dilemparkan kepada Perdana Menteri. Mereka menuduh kononnya kerajaan tidak prihatin, boros, membazir dan tidak kurang juga yang mengeji dengan pelbagai kata-kata nista.
Oleh yang demikian, Dr Asri dan pihak admin yang mengendalikan page tersebut perlu memikul tanggungjawab dengan memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri atas tindakan tersebut dan bukan hanya kepada followers page tersebut.
Ini kerana perkara tersebut melibatkan 3 pihak secara langsung iaitu, tuan empunya diri (Dr Asri), orang yang tertipu (followers) dan yang paling penting Perdana Menteri selaku orang yang menerima kesan terhadap fitnah tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.