Isnin, 6 Januari 2014

Langgar dari belakang adalah helah untuk mencuri kereta

Seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia cedera di perut selepas ditembak oleh dua lelaki dalam kejadian di lebuh raya berhampiran Puchong, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shukri Dahlan ketika mengesahkan kejadian, berkata dua suspek terbabit turut melarikan kereta bersama-sama isteri mangsa yang kemudian ditinggalkan tanpa sebarang kecederaan di sebuah stesen minyak di Bangi.

Dalam kejadian 11 pagi itu, Nazaruddin Mat Ali, 35, yang bertugas sebagai Pengarah Pentadbiran Bahagian Kewangan Maritim di Kuantan dan isteri Alawiyah Haron, 35, seorang eksekutif syarikat swasta, dalam perjalanan dari Shah Alam ke Semenyih.

Kereta yang dipandu mangsa kemudian dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta lain dan ketika mangsa keluar untuk berbincang mengenai kemalangan itu, seorang daripada suspek tiba-tiba melepaskan tembakan yang mengenai bahagian kiri perut mangsa, katanya di sini hari ini.

Menurut Shukri, suspek kemudian melarikan kereta itu bersama-sama Alawiyah yang kemudian ditinggalkan selepas suspek menyamun beg tangan, telefon bimbit, rantai leher dan gelang tangannya.

"Kereta Honda Accord milik mangsa ditemui semula di Jalan Persiaran Bangi di simpang masuk Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi pada petang hari kejadian,” katanya.

Shukri berkata, polis percaya kejadian bermotifkan samun dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Menurutnya mangsa yang dirawat di Hospital Serdang dilapor dalam keadaan stabil.

Sementara itu, keluarga mangsa yang ditemui Bernama di Hospital Serdang enggan ditemu bual. - Bernama

NOTA LUTUT

Awas jangan mudah bertindak terburu-buru dengan keluar dari kenderaan anda.

Tektik melanggar kereta seperti ini telah lama dilakukan.

1 ulasan:

  1. Dalam 100 org 99.9% akan turun kereta tengok kerosakan kereta..seba 99.9% sayangkan kereta daripada nyawa..itu tunjukkan tak kira berjanghut, berserban, berpudah, berhijap..semua sayangkan harta dunia..abis cite

    BalasPadam