Langkau ke kandungan utama

MB Selangor khianati janji kepada rakyat

Kenyataan Media

1. UMNO Selangor melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor terhadap isu Kalimah Allah dan rampasan Bible oleh JAIS jelas menunjukkan beliau telah mengkhianati Aku Janji yang dilafazkan di hadapan DYMM Sultan Selangor ketika perlantikan sebagai Menteri Besar.

2. Antara Aku Janji yang dilafazkan oleh beliau adalah beliau berjanji akan memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam sebagai Agama Negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

3. UMNO Selangor kesal dengan Menteri Besar yang tidak memahami penyelesaian 10 Peraturan yang diluluskan oleh kabinet kerana ianya tidak boleh mengatasi undang-undang yang diwartakan oleh kerajaan negeri. Penyelesaian 10 perkara ini  hanyalah satu polisi dan bukannya undang-undang yang boleh dikuatkuasakan. 10 perkara itu adalah berkaitan dengan soal kemasukan dan pengimportan Injil versi berbahasa Melayu ke dalam negara ini dan langsung tidak menyentuh dan tidak ada kena-mengena dengan isu kalimah Allah

4. Kenyataan beliau menunjukkan beliau tidak menghormati undang-undang negeri Selangor dan jelas kuasa executive telah mencampuri kuasa perlaksana undang-undang di negeri Selangor kerana JAIS tidak lagi dibenarkan mengambil keputusan sendiri dalam menguatkuasakan peraturan sedia ada

5. Sebagai seorang Menteri Besar beliau wajib membantu DYMM Sultan Selangor mempertahankan kesucian agama Islam dan bukan hanya bergantung kepada DYMM Sultan Selangor sahaja. Oleh sebab itu di dalam perlembagaan negeri Selangor ada menyebut bahawa hanya orang Melayu beragama Islam sahaja yang layak menjadi Menteri Besar.

6. UMNO Selangor melihat kerajaan negeri tidak memahami konteks kebebasan beragama yang disebut di dalam Perlembagaan di dalam artikel 11 dan tertakluk kepada artikel 11 (4).

7. Kenyataan beliau untuk mengheret Kementerian Dalam Negeri ( KDN) dalam isu ini adalah satu usaha untuk menyalahkan kerajaan persekutuan. Cop KDN hanya terpakai di negeri-negeri yang tidak mempunyai Enakmen 1988 seperti di negeri Pulau Pinang, Wilayan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

8. UMNO Selangor melihat arahan supaya JAIS memulangkan semula Bible dalam Bahasa Melayu memperihatkan Menteri Besar telah tunduk dengan desakan DAP. UMNO Selangor akan memulakan road show dalam menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku.

Datuk Seri Noh Omar

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

Mahathir Menangis Di London Kerana Kecewa Karenah Ahli Ahli Parti Bunga

Aidilfitri tahun ini agak berbeza bagi Mahathir. Jauh dia membawa diri ke London. Membawa hati dan perasaan yang kecewa terhadap ahli ahli parti bunga dan rakan rakan barunya dalam Pakatan Harapan. 
Merajuk sungguh. Mahathir merasakan inilah masa terbaik untuk dia meluah rasa hati dan mengubat kecewa bersama keluarganya. Mahathir takut sangat bila RCI Skandal Forex ditubuhkan. Mahathir merasakan masanya mungkin terhad untuk bersama keluarganya lagi. 
Ada yang nampak, Mahathir mengesat air matanya ketika solat hari raya Aidilfitri. Sugul dan termenung jauh memandang ke sejadah. Entah apa yang difikirkan. Namun mereka yang berada di saf belakang jelas nampak kekecewaan Mahathir di pagi raya.  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1543654558988349&substory_index=0&id=697192853634528
Menurut sumber dalaman PPBM, Mahathir sebenarnya sudah mula rasa kecewa dengan ahli-ahli PPBM. Di peringkat atas, Muhyiddin masih berkeras mahu meletakkan orang orangnya di bahagian bahagian tertent…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…