Jumaat, 10 Januari 2014

Rekaan badan kereta Lotus memang hebat dan kukuh. Tahniah Proton kerana membeli Lotus


Kemalangan kereta sport 'Lotus Elise' pagi tadi memang menyeramkan, jika kita lihat badan kereta dan rim yang patah dan tayar yang hancur berderai mungkin kita menyangka pemandu dan penumpang akan terkorban. 

Rangka atau chasis kereta Lotus Elise dibuat daripada aluminium dan badan daripada gentian kaca. Berat keseluruhan kereta ini hanya 725kg dengan enjin Toyota 1.8 mampu memecut sehingga 250km/j. 

Kemalangan ini berlaku pagi tadi berhampiran stesen rehat dan rawat Pagoh. Lelaki berusia 40 tahun ini dalam berjalanan dari Johor Bahru ke utara dan yang mati hanyalah seekor anjing. Hasil pemerhatian TM daripada gambar kemalangan  tayar kereta ini sudah hampir ketiadaan bunga atau hampir botak. Rekaan badan kereta yang hebat telah menyelamatkan pemandu kereta tersebut iaitu Lim Lik Wei dari Johor. Kes disiasat mengikut Syeksyen 43 (1) Akta JPJ. ( memandu secara cuai dan tidak bertimbang rasa /careless and inconsiderate driving.)